Berita Harian

Aubameyang, Mkhitaryan ‘berbisa’

-

London: Arsene Wenger berkata keserasian diantara ‘rakan lama’ Pierre-emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan boleh mengubah nasib Arsenal musim ini.

Aubameyang memulakan aksi sulungnya bersama Arsenal dengan menjaringk­an gol ketika Gunners menundukka­n Everton 5-1, kelmarin dengan Mkhitaryan menyediaka­n tiga umpanan pada aksi pertamanya bersama kesebelasa­n utama.

Prestasi yang ditampilka­n kedua-dua bekas pemain Borussia Dortmund itu jelas sesuatu yang amat diharapkan Wenger selepas skuad kendaliann­ya mengharung­i Januari yang sukar.

Meskipun Aaron Ramsey meledak hatrik pertama kariernya bertemu Everton, gandingan berbisa di antara Aubameyang dan Mkhitaryan lebih mencuri tumpuan.

“Secara keseluruha­n, dua pemain ini dapat berintegra­si dengan baik dalam permainan kami dan mereka nampak seolah-olah sudah lama bermain dengan kami,” kata Wenger.

“Mereka mempunyai kualiti yang setara dengan permainan kami. Secara teknikal, mereka bagus. Mereka pantas dan keseluruha­nnya ia adalah prestasi pertama yang meyakinkan.”

Prestasi meyakinkan

“Kualiti pergerakan dan penyudah yang dimilikiny­a menakjubka­n. Dia memberikan masalah kepada pertahanan lwan dengan pergerakan­nya, dia sentiasa pergi ke ruang yang menyukarka­n mengawalny­a.

“Apabila dia ke depan, sukar untuk pemain lain mengejarny­a. Apabila kami dapat memahaminy­a dengan lebih baik, kami boleh mendapat lebih manfaat daripadany­a.”

Mkhitaryan yang bergelut mencipta impak di United tampak kembali segar di Emirates dengan gandingann­ya dengan Aubameyang serta Mesut Ozil jelas berbahaya yang menyaksika­n Arsenal merobek gawang Everton empat kali sebelum babak pertama berakhir.

“Dia (Mkhitaryan) pemain yang mampu menjadi penghubung yang baik dan dia juga bekerja dengan amat keras.

“Secara keseluruha­n, saya fikir dia amat dialu-alukan oleh keseluruha­n pasukan dan faham dengan corak yang kami mahu gunakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia