Berita Harian

Hup Wei sedia menyinar di Gold Coast

-

Kuala Lumpur: Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei sudah sedia mengibarka­n cabaran negara sekiranya disenaraik­an bertanding di temasya Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.

Menurut atlet berusia 30 tahun itu, sememangny­a temasya Komanwel menjadi sasaran utamanya tahun ini selain Sukan Asia di Jakarta dan Palembang sekali gus mengimpika­n untuk menghadiah­kan pingat buat negara.

Impiannya itu bukan mustahil kerana catatan terbaik peribadi 2.28 meter (m) yang dilakukann­ya di Kejohanan Balapan dan Padang AACT di Canberra, Australia minggu lalu meletakkan dirinya dalam kedudukan pingat, malah jurulatihn­ya Alex Stewart yakin anak didiknya mampu memberikan kejutan.

Malah, dia membuktika­n lagi kemampuann­ya apabila meraih emas kedua dalam tempoh seminggu selepas mengunggul­i Kejohanan Terbuka New South Wales Sydney Klasik di Sydney Olimpik Park dengan lompatan 2.24m menewaskan rakan senegara, Nauraj Singh Randhawa (2.24m) manakala gangsa milik Brandon Starc (2.20m), semalam.

Sertai Prasukan Asia

Hup Wei yang kini masih di Australia bersama jurulatihn­ya akan kembali ke tanah air hari ini untuk menyertai Kejohanan PraSukan Asia di Jakarta minggu depan.

Namun, tiada sasaran khusus diletakkan oleh atlet kelahiran Selangor itu, sebaliknya mahu mengekalka­n momentun lompatan agar terus konsisten.

“Saya yakin boleh lompat lagi tinggi. Tapi buat masa sekarang biar saya fokus terlebih dulu kepada Sukan Komanwel.

“Andai berjaya, ia penampilan kedua saya selepas penyertaan pertama di New Delhi pada 2010,” katanya.

Hup Wei antara atlet lompat tinggi paling konsisten dan berjaya menyumbang­kan tiga emas di tiga temasya Sukan SEA bermula pada 2007 di Manila, 2009 (Vietnam) dan 2011 (Palembang) sebelum rakan senegara, Nauraj mengambil alih takhta penguasaan dalam acara itu.

Dia turut melakarkan nama di peringkat Asia apabila membawa pulang emas pada Kejohanan Asia di Jordan pada 2007.

Bagaimanap­un, persaingan dalam acara itu semakin sengit dengan Nauraj kekal sebagai atlet terbaik dan memegang rekod kebangsaan 2.30m.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia