Berita Harian

Ee Yi yakin lepasi Thailand, Taiwan

-

Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Teo Ee Yi yakin dengan kemampuan skuad negara muncul juara Kumpulan C serta tidak berdepan masalah menumpaska­n pasukan pilihan yang juga tuan rumah Piala Thomas 2018, Thailand menjelang aksi pembukan Kejohanan Berpasukan Asia yang membuka tirai Selasa ini.

Menurut pemain kelahiran Muar itu, dia memang menghormat­i Thailand yang boleh dikatakan sangat kuat dalam acara beregu lelaki namun kebanyakan perlawanan ketika bertemu pasangan negara berkenaan, semuanya berpihak kepada mereka.

“Taiwan pun tidak boleh diperkecil­kan kemampuan beregu lelaki mereka tetapi bagi saya dan Ong Yew Sin, kami berada dalam prestasi terbaik serta sudah bersedia untuk berdepan mereka,” kata Ee Yi.

Rasa lebih yakin

Menurutnya, mereka akan bermain bermatimat­ian menjelang aksi peringkat kumpulan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan kali ini berasa lebih yakin berbanding kejohanan yang sama dua tahun lalu di Hyderabad.

“Kali ini kami lebih yakin. Mungkin dua tahun lalu saya baru saja berganding­an dengan Yew Sin. Bagaimanap­un, ketika itu kami tetap beraksi dengan baik. Saya harap tuahnya berterusan dan kami mampu untuk membuatkan peminat tempatan bangga.

“Turun sebagai beregu kedua, kami rasa peluang menyumbang mata buat pasukan 5050. Saya tidak cakap kami terlalu yakin untuk menang, tetapi kami mempunyai semangat sebab akan bermain di depan penonton sendiri,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

Pernah menang

Ee Yi juga bersedia berdepan pasangan nombor lapan dunia dari Taiwan, Lee Jhe Hueilee Yang, yang dijangka diturunkan sebagai pasangan kedua negara berkenaan.

“Kami memang berkeyakin­an tinggi jika bertemu mereka disebabkan pernah menumpaska­n pasangan berkenaan di Terbuka Jepun tahun lalu,” kata Ee Yi yang sekarang ini menghuni ranking ke23 dunia bersama Yew Sin.

Sementara itu, dia juga yakin dengan barisan dan persiapan pemain perseorang­an yang diketuai Datuk Lee Chong Wei, seterusnya menjadikan mereka sebuah pasukan mantap di Kejohanan Berpasukan Asia.

Malaysia akan memulakan kempen di kejohanan yang menawarkan tiket ke Piala Thomas itu dengan menentang Thailand Selasa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia