Berita Harian

Helangmera­h fokus benam Bos Gaurus

-

Johor Bahru: Pengendali Kedah, Ramon Marcote optimis skuad kendaliann­ya mampu melupakan segera kegagalan mempertaha­nkan Piala Sumbangsih selepas tewas 21 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah pengendali kelahiran Sepanyol itu yakin Helang Merah mampu bangkit apabila melayan kunjungan Perak dalam aksi kedua Liga Super di Stadium Darul Aman, Rabu ini.

“Saya sudah kenal pasti beberapa kesilapan yang dilakukan pemain dan akan memperbaik­inya menjelang aksi menentang Perak. Saya yakin pemain mampu bangkit di laman sendiri Rabu nanti,” katanya sejurus perlawanan.

Mengulas mengenai kekalahan kepada skuad kendalian Ulisses Morais itu, Marcote mengakui barisannya gagal memperaga aksi terbaik sekali gus dihukum tuan rumah.

“Apa yang anda jangkakan kalau berdepan JDT, sudah tentu ia perlawanan sukar dan kami terpaksa mengubah corak permainan dengan meletak Baddrol (Bakhtiar) beraksi di posisi tengah dan bukan di posisi sayap.

Benteng dibolosi

“Kami tahu JDT akan memberi tekanan dan menyerang menerusi gerakan sayap kiri dan kanan dengan larian pantas sehingga memaksa kami bertungkus lumus untuk menyekat setiap gerakan.

“Perancanga­n kami pada babak pertama lebih tertumpu untuk beraksi secara padat di posisi pertahanan bagi menghalang asakan serangan JDT, namun mereka berjaya menjaringk­an gol kerana benteng gagal mengawal rapi penyerang mereka,” katanya

Pengendali itu juga mengakui Liridon Krasniqi tidak beraksi 100 peratus selepas hanya 15 hari sahaja berlatih bersama pasukan.

“Dia tampak bergelut untuk memberi persembaha­n terbaik tetapi saya tetap puas hati kerana dia masih memberi sumbangan dalam perlawanan itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia