Berita Harian

Izham terlepas hukuman

Morais anggap penjaga gol buat silap angkara gugup

- Oleh Rizar Mohd Noor

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais tidak akan menghukum penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan selepas kesilapann­ya membuatkan skuad Harimau Selatan hampir berputih mata pada aksi Piala Sumbangsih, malam kelmarin.

Morais menegaskan, dalam perlawanan bola sepak setiap pemain pasti gugup terutama pada aksi sulung, namun Izham sedar mengenai kesilapan yang dilakukan dan kembali bangkit memperagak­an ketangkasa­nnya sepanjang perlawanan itu.

“Saya tidak menyalahka­n Izham kerana kita memberi ruang kepada Kedah menjaringk­an gol dan kesilapan itu datang daripada semua pemain, tetapi mereka sedar betapa pen tingnya kemenangan di laman sendiri apabila bangkit selepas jaringan lawan itu.

“Memang benar, saya tidak suka apabila berlakunya kesilapan, namun kesilapan dalam satu perlawanan bola sepak adalah perkara biasa.

“Apa yang mustahak, pemain berjaya mengubah keputusan perlawanan dan memenangi perlawanan tersebut, sekali gus menjulang trofi pertama musim ini dan mengutip tiga mata,” katanya.

Antonioker­jakeras

Dalam aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu, tindakan Izham Tarmizi pada minit ke15 yang gagal mengeluark­an bola dari kawasan bahaya memudahkan tugas Pablo Pallares mencipta jaringan buat Kedah selepas menerima umpanan Sandro Da Silva.

Namun, skuad Harimau Selatan bangkit mencipta kemenangan 21 hasil jaringan Luciano Figueroa pada minit ke28 dan Marcos Antonio (m58) untuk memastikan skuad Harimau Selatan kembali merampas Piala Sumbangsih.

Morais menegaskan ketika babak pertama, barisannya beraksi dengan semangat tinggi dan menguasai keseluruha­n perlawanan sehingga skuad kendalian Ramon Marcote tidak mempunyai sebarang peluang.

Katanya, kelibat Antonio yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan juga tampak konsisten apabila berjaya menyekat gerakan berbahaya skuad Helang Merah, namun faktor keletihan memaksa dia dikeluarka­n pada penghujung babak kedua.

“Marcos tampak keletihan dan barisan kejurulati­han mengambil keputusan mengeluark­annya kerana risau mengenai keadaannya yang baru pulih.

“Anda tahu sepanjang pasukan bercuti sebelum liga bermula, dia bekerja keras menjalani proses pemulihan dan hasilnya begitu positif,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH ] ?? Aksi perlawanan antara JDT menentang Kedah ketika aksi Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.
[ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH ] Aksi perlawanan antara JDT menentang Kedah ketika aksi Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia