Berita Harian

‘Tuah jauhi Kelantan’

- Oleh Devinder Singh

Kuala Lumpur: Aksi terakhir Kelantan di Stadium Hang Jebat musim lalu menyelamat­kan The Red Warriors (TRW) untuk terus kekal di saingan Liga Super, namun sebaliknya yang berlaku pada aksi pembukaan Liga Super, kelmarin apabila tewas 21 kepada Melaka United (MU).

Ketika aksi musim lalu, Kelantan yang turut dikendalik­an Sathit Bensoh bagi mengisi kekosongan ditinggalk­an Zahasmi Ismail memastikan kemenangan 31 hasil dua jaringan lewat Alessandro Celin

“Saya berpuas hati dengan aksi pemain dan situasi yang kami hadapi dalam perlawanan ini,” kata Sathit dalam sesi temu bual bersama TV9 selepas tamat perlawanan.

“Kami berjaya halang percaturan serangan mereka, namun kami hilang fokus apabila mereka mengamalka­n hantaran jauh. Kami melakukan kesilapan dan saya cukup kecewa kerana kami berikan mereka peluang.

Perlu kekal motivasi

“Tetapi inilah bola sepak. Kamu perlu hormati lawan apabila mereka terus bekerja keras. Sekarang kami perlu beri tumpuan untuk hadapi saingan seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan itu, TRW meledak gol pembukaan seawal minit kedua, namun dua gol MU menerusi Yahor Zubovich dan Jeon Wooyoung memastikan kemenangan buat tuan rumah.

“Kami perlu kekalkan motivasi kerana kami sebenarnya sudah beraksi dengan baik,” katanya yang turut menyenarai­kan dua pemain muda, Haikal Nazri dan Fadhilah Pauzi dalam kesebelasa­n utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia