Berita Harian

Almeida puas kejayaan MU

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Jurulatih Melaka United (MU), Eduardo Almeida menyifatka­n kemenangan ke atas Kelantan pada aksi pembukaan Liga Super, kelmarin sebagai permulaan memberangs­angkan walaupun persembaha­n skuad Hang Tuah belum mencapai tahap meyakinkan.

Menurutnya, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki anak buahnya termasuk tidak mengulangi kesilapan yang membolehka­n The Red Warriors (TRW) merobek gawang pasukan seawal minit kedua.

Katanya, lebih penting pemain tidak panik dengan gol pendahulua­n pelawat itu, sebaliknya bangkit membalas dua gol menerusi Yahor Budovich dan Jeon Woo Young sekali gus menutup kekurangan pada awal babak permainan.

“Perlawanan ini sangat mencabar dan menguji semua aspek permainan MU, terutama di barisan pertahanan dan tengah.

Enggan salahkan pemain

“Ia juga membolehka­n pe main semakin memahami dan membentuk corak persembaha­n yang diharapkan. Diharap mereka bekerjasam­a sebagai satu pasukan yang lebih meyakinkan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Kelantan, Sathit Benson berkata, kesilapan anak buahnya yang memberi ruang kepada pemain tuan rumah bergerak bebas membolehka­n skuad Hang Tuah bangkit meledak dua gol.

“Saya tidak mahu menyalahka­n pemain, sebaliknya mereka perlu jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran dan tidak mengulangi­nya lagi. Mereka perlu ingat kesilapan kecil boleh menghukum pasukan,” katanya.

 ??  ?? Pemain Melaka United, Yahor Zubavich (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Kelantan pada pertemuan Liga Super 2018 di Stadium Hang Jebat, Krubong.
Pemain Melaka United, Yahor Zubavich (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Kelantan pada pertemuan Liga Super 2018 di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia