Berita Harian

Cheng Hoe bakal lamar Corbin

Hadapi perlawanan persahabat­an lawan Mongolia

- Oleh Syafiq Aznan

Pertahanan naturalisa­si Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin-ong tidak perlu menunggu lama apabila hanya memerlukan satu aksi untuk memikat pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe memberi bayangan untuk memanggil pemain kacukan Malaysiaba­rbados itu khususnya bagi aksi persahabat­an pertama di bawah kendaliann­ya bertemu Mongolia, 22 Mac ini selepas terpikat aksinya ketika JDT menewaskan Kedah 21 pada aksi Piala Sumbangsih, kelmarin.

Beliau turut mengakui pemain berusia 26 tahun itu memiliki kualiti yang baik dan optimis kemasukann­ya dalam skuad Harimau Malaya dapat mengukuhka­n lagi benteng pasukan.

“Jika dinilai daripada aksi bertemu Kedah malam tadi, memang kita dapat lihat Corbin antara pemain yang cukup menyerlah dan memberi sumbangan ketika bertahan dan menyerang.

Peraga aksi kemas

“Sebelum ini, saya sudah menyelidik maklumat dan statistik Corbin bersama pasukan terdahulu dan saya akui dia sememangny­a pemain yang berpotensi besar.

“Jadi, sudah pasti dia memiliki tempat dalam perancanga­n saya bersama skuad kebangsaan selepas ini tetapi kita akan terus memantau manamana pemain yang turut berpotensi untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Corbin yang membarisi skuad kesebelasa­n utama JDT memperagak­an aksi yang begitu kemas apabila kerap menghalang serangan yang dilancarka­n Kedah selain turut membantu jentera serangan skuad Harimau Selatan itu.

Malah, dia membantu meng hasilkan gol kemenangan JDT selepas hantaran lintangnya berjaya ditanduk masuk seorang lagi pertahanan, Marcos Antonio.

Sebelum menyertai JDT, Corbin beraksi di Kelab Divisyen Dua Belanda, Go Ahead Eagles dan berjaya menjaringk­an lapan gol dalam lapan penampilan.

 ??  ?? Corbin-ong berpotensi diserapkan ke skuad kebangsaan.
Corbin-ong berpotensi diserapkan ke skuad kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia