Pusat Bigwing Honda dibuka di Setapak
Pusat Bigwing Honda pertama dibuka di Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd di Setapak.
Turut dikenali sebagai destinasi untuk penunggang, Bigwing dilengkapi dengan bilik pameran seni, pusat perkhidmatan, bahagian dan sudut aksesori serta ruang tamu.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Nobuhide Nagata, berkata pihaknya memfokus dalam menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan.
“Kami mahu pelanggan merasai pengalaman yang melangkaui jangkaan mereka dan bersedia untuk memberi kelainan,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Bigwing Honda di Kuala Lumpur, semalam.
Yang hadir sama, Presiden Persatuan Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong.
Sempena pembukaan itu juga, pelancaran bagi model X-ADV, CRF1000L Africa Twin dan CB1000R turut diadakan yang dijangka akan berada di pasaran pada separuh pertama tahun ini.
Lokasi strategik
Setapak dipilih sebagai lokasi pertama untuk pusat Bigwing berikutan lokasi strategik dan jumlah pelanggan yang lebih banyak di sekitarnya.
Pusat Bigwing Honda mempunyai keluasan 5,535 kaki persegi dan kemudahan yang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan untuk pertemuan konvoi tempatan dan antarabangsa.
Bigwing turut menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pemegang kad Honda Bigwing, termasuk diskaun sehingga 10 peratus bagi aksesori dan alat ganti tulen Honda.