Berita Harian

FBM KLCI dijangka ikut jejak Dow Jones

-

Indeks Dow Jones jatuh 665.75 mata kepada 25.520.96 atau turun 2.54 peratus pada Jumaat lalu berikutan kebimbanga­n ke atas kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Apabila kadar faedah naik, hasil bon menaik dan menarik minat pelabur untuk beralih arah daripada pasaran ekuiti kepada pasaran bon.

Di pasaran tempatan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM

KLCI) minggu lalu dibuka

1.17 mata lebih tinggi pada 1,855.09. Pasaran hanya dibuka tiga hari sahaja minggu lalu berikutan cuti Thaipusam dan hari Wilayah Persekutua­n pada Rabu dan Khamis.

Pada penutup pasaran, indeks menokok sebanyak 16.56 mata untuk ditutup pada paras 1,870.48. Indeks sudah naik selama sembilan minggu berturut-turut.

Jajaran pasaran masih lemah dengan kaunter rugi melebihi kaunter untung setiap hari dagangan walaupun aliran masuk asing masih lagi positif.

Untuk minggu ini, pasaran dijangka akan mengikuti jejak Dow Jones berikutan kejatuhan yang besar pada Jumaat lalu.

Jajaran pasaran lemah

Pada minggu lalu, FBM KLCI pada Isnin naik 16.60 mata kepada 1,870.52 berikutan pembelian kukuh ke atas kaunter perbankan yang terpilih.

Bagaimanap­un, jajaran pasaran masih lemah dengan

623 kaunter turun dan 370 kaunter positif manakala 396 kaunter tidak berubah.

Saham Asia mengurangi keuntungan pada tengah hari apabila dolar AS kehilangan momentum kenaikan awalnya.

Saham China dan Hong Kong menurun dengan penurunan di Tanah Besar China diketuai kaunter kecil dan sederhana yang tersenarai di Hong Kong berikutan kenyataan daripada pihak pengawal selia untuk menyekat kenaikan kenaikan harga yang tidak munasabah.

Indeks pasaran tempatan ditutup bercampur-campur dengan Indeks Kewangan mengetuai kenaikan sebanyak 1.52 peratus. Jumlah dagangan menurun pada

3.002 bilion saham diniagakan bernilai RM2.493 bilion.

Kaunter untung termasuk NESTLE +RM1.60 (+143 peratus), PBBANK +RM0.60 (+2.82 peratus), HLBANK +RM0.46 (+2.53 peratus), HLFG +RM0.46 (+2.52 peratus), UCHITECH +RM0.09 (+3.25 peratus) dan CYPARK +RM0.06 (+2.38 peratus).

Kaunter rugi termasuk PANAMY -RM0.90 (-2.51 peratus), HENGYUAN -RM0.88 (-6.43 peratus), PETRONM -RM0.32 (-2.69 peratus), TAAN -RM0.10 (-2.94 peratus), MUDAJAYA -RM0.06 (-5.88 peratus) dan TCHONG -RM0.06 (-3.39 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing adalah RM186.8 juta. Ringgit menyusut nilai pada RM3.8857 berbanding dolar AS.

Bursa ditutup rendah Selasa

Pada Selasa, pasaran saham AS mengalami sesi terburuk untuk tahun ini apabila Dow Jones merosot 0.7 peratus selepas hasil bon 10 tahun naik ke paras tertinggi sejak 2014.

FBM KLCI ditutup rendah disebabkan aktiviti pengambila­n untung di beberapa kaunter mewah sebelum cuti selama dua hari. Indeks ditutup merosot

(-1.94) mata kepada 1,868.58. Jajaran pasaran masih lagi negatif dengan kaunter rugi tiga kali lebih banyak dari kaunter untung.

Jumlah dagangan yang diniagakan berjumlah 3.25 bilion bernilai RM2.89 bilion. Kaunter rugi mendahului kaunter untung dengan kaunter rugi 794 dan kaunter untung 252.

Kaunter elektonik seperti

MPI (-74.0 sen), Globetroni­cs

(-33.0 sen) dan Vitrox (-15.0 sen) ditutup lebih rendah. Harga minyak sawit mentah (MSM) RM2,519 (+RM35, +1.41 peratus) naik sedikit berikutan jangkaan pengeluara­n yang berkuranga­n bagi Januari dan kenaikan permintaan dari India.

Minyak mentah WTI berharga A$65.56 satu tong (-$0.58, -0.88 peratus menurun sedikit dengan kenaikan dolar AS dan kenaikan pengeluara­n di AS). Harga emas: AS$1,340.33 seaun (-$8.79, -0.65 peratus). Harga emas merosot sedikit apabila dolar AS meningkat berbanding kumpulan beberapa mata wang.

Indeks Kewangan catat untung

FBM KLCI dibuka semula pada Jumaat selepas ditutup dua hari dengan kenaikan 1.90 mata kepada 1,870.48. Pasaran saham Asia mengalami tekanan pada Jumaat selepas Wall Street ditutup bercampur-campur dan kenaikan pada keuntungan bon Kerajaan AS.

Indeks Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada hari itu dengan Indeks Kewangan mencatatka­n keuntungan.

Jumlah dagangan dicatatkan adalah 2.612 bilion saham yang diniagakan dan nilai pasaran melonjak kepada RM3.250 bilion.

Kaunter untung termasuk NESTLE +RM2.60 (+2.29 peratus), PETDAG +RM0.86 (+3.49 peratus), HENGYUAN +RM0.72 (+5.58 peratus), HLFG +RM0.44 (+2.37 peratus), PETGAS +RM0.38

(+2.12 peratus), PETRONM +RM0.30 (+2.6 peratus), AIRASIA +RM0.16 (+3.86 peratus) dan MBSB +RM0.07 (+5.98 peratus).

Kaunter rugi termasuk, MPI -RM1.10 (-10.48 peratus), HARTA -RM0.22 (-1.86 peratus), GENTING -RM0.21 (-2.18 peratus), VITROX -RM0.21 (-3.32 peratus), INARI -RM0.13 (-3.94 peratus), SIME -RM0.10 (-3.27 peratus) dan SUNWAY -RM0.05 (-2.82 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing ialah RM228.5 juta.

Ringgit menyusut nilai pada RM3.8857 berbanding dolar AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia