Berita Harian

Bursa Malaysia diunjur kukuh

Petunjuk pasaran FBM KLCI dijangka pada paras 1,860 mata

-

semula kadar dasar semalaman.

AS turut dijangka melakukan perkara yang sama, terutama dengan inflasi dijangka meningkat pada tahun ini,” katanya.

Bagi minggu ini, katanya, pe tunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka pada paras 1,860.

Mengulas mengenai saham, katanya saham perbankan akan menerima kesan limpahan susulan pertumbuha­n pinjaman industri perbankan tempatan dijangka meningkat sebanyak empat peratus.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan bercampurc­ampur, mencermink­an pasaran saham Asia.

Pasaran ditutup pada Rabu dan Khamis sempena cuti Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutua­n.

Bagi asas Jumaat kepada Ju maat, FBM KLCI meningkat 16.56 mata kepada 1,870.48.

Indeks FBM Emas menambah 2.08 mata kepada 13,376.58, Indeks FBMT 100 naik 25.0 mata kepada 13,071.72, Indeks FBM Emas Syariah menokok 605.10 mata kepada 13,651.82, FBM 70 susut 274.98 mata kepada 16,468.18 dan FBM Ace jatuh 177.80 mata kepada 6,496.13.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 308.21 mata ke pada 17,979.58, Indeks Perladanga­n berkuranga­n 24.81 mata kepada 8,056.40 dan Indeks Peru sahaan merosot 10.80 mata ke pada 3,387.41.

Jumlah dagangan susut kepada 6.52 bilion unit bernilai RM6.15 bilion daripada 17.38 bilion unit bernilai RM12.98 bilion minggu lepas.

Pasaran Utama berkuranga­n kepada 5.63 bilion unit bernilai RM8.11 bilion daripada 11.21 bilion unit bernilai RM11.77 bilion.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 1.61 bilion unit bernilai RM243 juta daripada 3.35 bilion unit bernilai RM1.40 bilion.

Pasaran ACE susut kepada 1.60 bilion unit bernilai RM275.57 juta daripada 2.45 bilion saham bernilai RM628.96 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia