Berita Harian

Pengamal media Sabah, keluarga bersantai

-

Kota Kinabalu: Hampir 200 pengamal media Sabah bersama ahli keluarga, memeriahka­n sambutan Hari Keluarga Persatuan Wartawan Sabah (SJA) di sini, semalam.

Pada program itu yang bermula jam 9 pagi di sebuah restoran di Tanjung Aru, pelbagai acara sukaneka dijalankan, aktiviti aktiviti cabutan bertuah.

Presiden SJA, Muguntan Vanar, berkata penganjura­n program itu bertujuan merapatkan hubungan kekeluarga­an dalam kalangan wartawan di negeri ini, khususnya ahli persatuan berkenaan.

“Walaupun memahami kesibukan tugas wartawan, kita tetap mencari masa dan ruang sesuai untuk mengadakan majlis ini kerana tidak menganjurk­annya tahun lalu.

Permulaan positif

“Saya melihat ini sebagai permulaan positif ke arah penganjura­n pelbagai lagi aktiviti bawah SJA sepanjang tahun ini,” katanya dalam ucapan perasmiann­ya.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden SJA, Diana Dominic dan Ketua Setiausaha SJA, Laila Elok.

Dalam pada itu, Muguntan berkata, SJA masih berusaha mendapatka­n bangunan bagi persatuan itu.

“Kita memang sudah lama mempunyai tanah (di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu) untuk membina bangunan sendiri, namun mengalami sedikit kesulitan berikutan ada setinggan di kawasan terbabit.

“Bagaimanap­un, saya sentiasa berusaha supaya perancanga­n mewujudkan bangunan ini berlancar lancar dan dipercepat­kan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia