Berita Harian

Dana RM250J bantu wanita berniaga

-

Putrajaya: Sebanyak 50 peratus daripada RM500 juta dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) akan diperuntuk­kan kepada usahawan wanita selaras dengan Tahun Memperkasa­kan Wanita 2018.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata menerusi langkah itu, sebanyak RM250 juta daripada jumlah keseluruha­n peruntukan berkenaan akan digunakan bagi membantu usahawan wanita memulakan atau mengembang­kan perniagaan mereka.

Galak wanita miliki sumber kewangan sendiri

“Seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 2018 adalah Tahun Memperkasa­kan Wanita. Selain menetapkan sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, satu lagi perkara penting ialah menggalakk­an golongan terbabit mempunyai sumber kewangan sendiri.

“Sebagai contoh, ada banyak kes isteri ditinggalk­an suami yang menjadi pencari nafkah tunggal dalam keluarga atau ibu tunggal yang bertungkus­lumus membina kehidupan lebih baik.

“Jadi, pemerkasaa­n ini akan memberi mereka keupayaan untuk membina hidup sendiri, selain mempunyai sumber kewangan sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawan­an Negeri Selangor dan pelancaran aplikasi telefon pintar, TEKUN Pay di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Norazita Abdul Rahman.

Ketika pembentang­an Bajet 2018, Perdana Menteri mengumumka­n dana RM500 juta bagi TEKUN Nasional yang akan membantu usahawan kecil mengembang­kan perniagaan.

Beliau berkata, usahawan wanita juga lebih konsisten dalam membuat pembayaran balik menerusi skim pembiayaan TEKUN Nasional.

Mengenai aplikasi TEKUN Pay, Ahmad Shabery berkata, kaedah itu akan membolehka­n usahawan skim TEKUN Nasional membuat pembayaran balik pinjaman mereka hanya di hujung jari dengan transaksi lebih telus.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Ahmad Shabery menyampaik­an replika cek kepada wakil TEKUN Negeri Selangor, Aziz Ahmad sambil diperhatik­an Tajuddin (dua dari kanan) dan Norazita (kanan) di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Ahmad Shabery menyampaik­an replika cek kepada wakil TEKUN Negeri Selangor, Aziz Ahmad sambil diperhatik­an Tajuddin (dua dari kanan) dan Norazita (kanan) di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia