Berita Harian

Masyarakat Cina tak terlepas nikmat BARAKAH

50,000 keluarga dapat sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina, Tan Siew Foo, 59, pasti berdepan kekangan untuk menyediaka­n segala keperluan menyambut hari gembira itu.

Tergolong dalam kategori kurang berkemampu­an, bukan mudah bagi Siew Foo untuk menyediaka­n segala keperluan untuk diri dan keluarga, namun inisiatif kerajaan negeri melalui program Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) sedikit sebanyak memberikan kelegaaan.

Siew Foo antara 3,000 keluarga di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Alor Setar iaitu Bakar Bata, Kota Darulaman dan Alor Mengkudu yang menerima kotak BARAKAH menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Gembira terima sumbangan

Mereka adalah sebahagian daripada 50,000 masyarakat Tiong Hua yang disenarai menerima bantuan itu di seluruh negeri.

Siew Foo ketika ditemui mengakui gembira apabila menerima sendiri kotak BARAKAH yang disumbangk­an itu daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Sebagai rakyat kurang berkemampu­an, saya menghargai bantuan disumbangk­an Menteri Besari. Dengan bantuan ini saya tidak berasa tersisih kerana beliau membantu tanpa memilih kaum dan agama.

“Terima kasih Menteri Besar kerana membantu meringanka­n beban kami,” katanya yang tinggal dalam DUN Alor Mengkudu.

Ambil berat masyarakat Cina

Seorang lagi penerima, Chan Tiam Keong, 60, mengakui bertuah dipilih menerima sumbangan BARAKAH dan memuji Ahmad Bashah yang sering mengambil berat mengenai masyarakat Cina di Kedah.

“Menteri Besar ini sangat baik dengan kami, beliau mendengar suara hati masyarakat Cina dan hari ini, kami berkumpul beramai-ramai untuk menerima sumbangan daripada pemimpin yang boleh dijadikan contoh kepada pemimpin lain.

“Sumbangan ini dapat mengurangk­an perbelanja­an saya untuk menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Kotak BARAKAH di Taman Saga, Alor Mengkudu, di sini.

Program BARAKAH diperkenal­kan kerajaan negeri hasil inisiatif Ahmad Bashah pada April tahun lalu tidak asing bagi penduduk Kedah dan ia diagihkan tanpa mengira bangsa, agama atau parti politik.

Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis sama berkata, pengagihan kotak BARAKAH dilancarka­n sebagai titik penyatuan dan pembanguna­n rakyat ia perlu direalisas­ikan secara telus serta saksama.

Tiada diskrimina­si dalam pemberian kotak BARAKAH

Katanya, sebagai peneraju kerajaan negeri, beliau mahu melihat rakyat kurang berkemampu­an tidak tercicir daripada menerima bantuan BARAKAH.

“Kita memberi keutamaan kepada warga emas, anak yatim, orang kurang upaya dan keluarga miskin untuk menerima bantuan ini, mereka tidak boleh tercicir daripada menerima bantuan ini asalkan layak.

“Dalam pengagihan kotak BARAKAH, tidak ada diskrimina­si dan saya selalu tegaskan tidak mahu kotak BARAKAH hanya berada di rumah orang tertentu sahaja, kerana ia untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, beliau berharap sumbangan kepada kaum Cina itu sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban mereka dalam melakukan persiapan untuk membolehka­n mereka bersama-sama merasai kemeriahan menyambut Tahun Baharu Cina.

BN sentiasa prihatin, terus bantu rakyat

“Ia disalurkan atas permintaan persatuan penduduk sendiri yang mengenal pasti penerima mengikut kawasan masing-masing.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) salurkan bantuan tidak mengira musim, jika ada bencana kita akan sampaikan dan ia berbeza dengan bantuan diberikan pembangkan­g yang hanya dilakukan lima tahun sekali iaitu menjelang pilihan raya bagi mendapat undi rakyat.

“Saya yakin rakyat termasuk masyarakat Cina sudah mampu menilai kerajaan yang mampu membela mereka sepanjang masa tanpa perlu menunggu ketibaan musim pilihan raya, namun saya amat berharap mereka tidak termakan hasutan dan janji pembangkan­g yang dilontarka­n mengikut musim yang pasti akan merugikan mereka pada masa hadapan,” katanya.

Sebagai rakyat kurang berkemampu­an, saya menghargai bantuan disumbangk­an Menteri Besar. Dengan bantuan ini saya tidak berasa tersisih kerana beliau membantu tanpa memilih kaum dan agama” Tan Siew Foo, Penerima kotak BARAKAH Dalam pengagihan kotak BARAKAH, tidak ada diskrimina­si dan saya selalu tegaskan tidak mahu kotak BARAKAH hanya berada di rumah orang tertentu sahaja, kerana ia untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik” Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah Menteri Besar ini sangat baik dengan kami, beliau mendengar suara hati masyarakat Cina dan hari ini, kami berkumpul beramai-ramai untuk menerima sumbangan daripada pemimpin yang boleh dijadikan contoh kepada pemimpin lain” Chan Tiam Keong, Penerima kotak BARAKAH

 ?? [FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN/BH] ?? Ahmad Bashah menyampaik­an Mengkudu, semalam. sumbangan kotak BARAKAH kepada penerima di Taman Saga, Alor
[FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN/BH] Ahmad Bashah menyampaik­an Mengkudu, semalam. sumbangan kotak BARAKAH kepada penerima di Taman Saga, Alor
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia