Berita Harian

China, Jepun sah bida projek HSR

-

China dan Jepun setakat ini mengesahka­n penyertaan kedua-dua negara terbabit dalam bidaan tender Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (HSR), kata Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, bidaan tender antarabang­sa bagi projek HSR sejauh 350 kilometer itu akan ditutup pada 29 Jun 2018.

“Sehingga tarikh itu, baru kami boleh menyatakan jumlah pembida.

“Buat masa ini, saya cuma boleh memberitah­u China dan Jepun mengesahka­n secara terbuka mengenai penyertaan mereka dalam tender ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Persidanga­n Pemadanan Perniagaan PKS Malaysia-china yang dirasmikan Duta China ke Malaysia, Bai Tian, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Presiden Persatuan Perusahaan China Malaysia (CENAM), Wang Hong Wei yang juga Ketua Pegawai Operasi Bank of China di Malaysia; Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Ter Leong Yap; Setiausaha Agung ACCIM, Datuk Low Kian Chian dan Presiden Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), Datuk Michael Kang.

Projek babit kos RM60 bilion

Pada 20 Disember 2017, MYHSR Corp Sdn Bhd Malaysia dan HSR Private Ltd Singapura mengumumka­n bahawa mereka akan mula menerima bidaan untuk mereka bentuk, membina, membiayai, mengawal operasi serta menguruska­n aset kereta api terbabit.

Syarikat yang ingin membida untuk tender terbabit perlu menghantar cadangan kepada MYHSR Corp, unit di bawah Kementeria­n Kewangan yang diberi tanggungja­wab untuk memantau projek berkenaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, sebelum ini berkata, projek itu dijangka menelan kos antara RM50 bilion hingga RM60 bilion.

MYHSR Corp Malaysia dan HSR Singapura berkata, kedua-dua syarikat akan bekerjasam­a untuk memilih pembida yang layak menjelang akhir 2018.

Penyertaan kontraktor tempatan

Ditanya sama ada ada kontraktor tempatan yang mengemukak­an bidaan untuk menyertai tender HSR itu, Tiong Lai berkata, beliau tidak mengetahui­nya dan meminta supaya menunggu selepas bidaan tender ditutup pada 29 Jun 2018.

Projek itu dijangka siap menjelang akhir 2026, HSR Kl-singapura akan mempunyai kelajuan maksimum 320 kilometer sejam (km/j).

Ia sekali gus mengurangk­an tempoh perjalanan dari ibu negara kedua-dua negara terbabit dengan mencatatka­n tempoh perjalanan hanya selama 90 minit berbanding lima jam memandu dalam keadaan trafik ringan.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH ] ?? Tiong Lai berjabat tangan dengan Bai Tian pada Persidanga­n Pemadanan Perniagaan PKS Malaysia-china di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH ] Tiong Lai berjabat tangan dengan Bai Tian pada Persidanga­n Pemadanan Perniagaan PKS Malaysia-china di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia