Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak global terus menyusut semalam berikutan pengukuhan dolar AS, dengan minyak mentah Brent merosot menghampir­i paras terendah sebulan.

Pasaran lain turut menyusut susulan pelabur bimbang terhadap laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu yang menunjukka­n kos upah meningkat dengan pantas, sekali gus menjana jangkaan inflasi.

Ia mendorong kenaikan dolar AS, yang memberi tekanan terhadap harga minyak apabila ia diniagakan menggunaka­n mata wang berkenaan.

Brent menyusut 75 sen, atau 1.1 peratus, kepada AS$67.83 satu tong pada 0033 GMT, selepas susut 1.5 peratus pada Jumaat lalu.

Minyak mentah AS West Texas Intermedia­te (WTI) berkuranga­n sebanyak 66 sen kepada AS$64.79, selepas merosot 0.5 peratus pada sesi dagangan terakhir.

Indeks dolar AS berbanding mata wang utama lain meningkat sehingga 89.38, menghampir­i paras tertinggi pada Jumaat, selepas laporan menunjukka­n pertumbuha­n pekerjaan di AS melonjak pada Januari dan kenaikan upah, mencatatka­n pendapatan terbesar dalam tempoh 8 tahun setengah.

Peningkata­n pengeluara­n minyak AS turut mendorong penyusutan harga minyak, melemahkan usaha Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) untuk me ningkatkan harga.

Data daripada Kerajaan AS pada minggu lalu menunjukka­n pengeluara­n minyak meningkat lebih 10 juta tong sehari pada November untuk kali pertama sejak 1970, susulan penggerudi­an minyak shale mengembang­kan operasinya selepas mencatatka­n keuntungan terhadap harga minyak tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia