Berita Harian

Sharma, Green dalam kelas tersendiri

-

Kuala Lumpur: Juara baharu sekali lagi ditampilka­n pada saingan golf Kejohanan Maybank edisi ketiga yang berakhir kelmarin dan kali ini, giliran pemain sensasi dari India, Shubhankar Sharma mencipta nama.

Bukan saja merangkul trofi berprestij dan hadiah kemenangan AS$500,000 (RM1.94 juta), malah dia turut mencipta rekod kejohanan selepas melakar catatan 21 di bawah par 267.

Catatan seperti itu pernah dilakukan pemain Thailand, Thongchai Jaidee pada Terbuka Malaysia 2005 di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai TPC KL).

Tidak ketinggala­n jauh

Rakan karib Sharma, Gavin Green tidak ketinggala­n terlalu jauh, namun juara bertahan Order of Merit Jelajah Asia itu tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Meskipun tidak begitu berpuas hati dengan persembaha­nnya beberapa minggu ini, pemain golf berusia 24 tahun itu tetap muncul sebagai pemain tempatan terbaik apabila menamatkan saingan pada kedudukan ke39, berkongsi kedudukan bersama 10 lagi pemain termasuk kapten Piala Ryder dan Eurasia, Thomas Bjorn.

Mengakui kepenatan kerana bertanding dalam empat pertanding­an berturuttu­rut selepas Piala Eurasia, Terbuka Singapura dan Jelajah Eropah Klasik Dubai, dia memperagak­an pusingan konsisten, namun bergelut dengan pukulan tee.

Selain Green, seorang lagi pemain golf tempatan, Amir Nazrin turut menyerlah apabila menamatkan saingan dengan satu pukulan di belakang Green selepas mencatat lapan di bawah par 280 menerusi keputusan 70687468.

Walaupun masih muda, Amir berjaya fokus sepenuhnya pada permainann­ya dan tidak terganggu dengan pencabar yang lain ketika dia turut mendapatka­n nasihat dan pengalaman daripada pemain golf berpengala­man yang berada di tangga ke13 dunia, Henrik Stenson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia