Berita Harian

JDT tak perlekeh PKNP

Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak pandang rendah PKNP FC apabila menyambut kunjungan kelab dari Perak itu pada aksi kedua liga di laman sendiri. Selepas kecewakan Kedah pada perlawanan Sumbangsih Sabtu lalu, skuad Harimau Selatan sedia cata

-

Selepas aksi pertama Liga Super minggu lalu, sudah ada yang mula meramal untung nasib pasukan musim ini. Daripada enam perlawanan, hanya empat kemenangan direkodkan termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menewaskan Kedah 2-1 bagi memungut tiga mata di Larkin serta menjulang Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan Sumbangsih itu.

Melihat kepada keputusan nampak tipis tapi dari segi penguasaan jelas skuad kendalian Ulisses Morais itu cukup bersedia mempertaha­nkan gelaran buat kali kelima berturut-turut.

Penyerang yang kembali daripada persaraan, Luciano Figueroa dan pemain pertahanan, Marcos Antonio yang sebelum ini berehat panjang akibat kecederaan membuktika­n mereka adalah permata berharga buat JDT apabila meledak gol kemenangan.

Dengan apa yang dipersemba­hkan itu khususnya jentera tengah dan serangan yang mantap, tiada masalah skuad Harimau Selatan meraih kemenangan kedua apabila bertemu PKNP FC pada aksi kedua liga di tempat sendiri hari ini.

Pamer kesungguha­n

Anak buah Abu Bakar Fadzim itu juga langkah kanan apabila mengalahka­n Negeri Sembilan 1-0, namun kemampuan sebenar mereka untuk bersaing dengan pasukan elit akan teruji apabila berdepan JDT.

Sementara satu lagi aksi yang bakal menjadi tumpuan pada esok pastinya pertemuan Selangor dan Melaka United (MU) yang turut melakar kemenangan pada aksi pembukaan.

Selangor yang dibimbing P Maniam membuktika­n status jaguh Lembah Klang dengan kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur, manakala MU bangkit mengecewak­an Kelantan 2-1.

Pasukan Red Giants antara pasukan yang menarik untuk disaksikan dengan kombinasi pemain muda dan berpengala­man menjadi taruhan untuk mereka bersaing merebut kejuaraan.

Dengan kemenangan ke atas musuh setempat itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, ia memberi gambaran awal bahawa gelanggang baharu itu boleh menjadi kubu kuat mereka musim ini.

MU yang dibimbing Eduardo Almeida, mempamerka­n kesungguha­n pada aksi pertama namun masih perlu memperbaik­i dari aspek bertahan dan memperkuat­kan bahagian tengah apabila terlalu banyak bergantung kepada pemain sayap untuk melakukan serangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia