Berita Harian

Memahami konsep sanad azan

Muazin cilik dapat bimbingan guru taranum, ulama al-quran

- Oleh Mohd Amin Jalil

Sesuai dengan status ula Na kon tra agama terus diperluask­an apabila ditekankan kembali tradisi ‘sanad’ atau sandaran dalam masyarakat Islam.

Konsep itu bukan baharu, te tapi kurang diberikan perhatian sedangkan ia adalah suatu inti pati dalam sistem pembelajar­an ilmu agama sejak generasi awal Islam lagi yang menjadi salasilah apabila sahabat mengambil ilmu agama daripada Rasulullah SAW.

Sanad bererti sandaran atau perkara yang dapat dipegang atau dipercayai. Konsep sanad adalah kesinambun­gan yang menjadi amalan dalam mempelajar­i ilmu agama melalui sistem dan tradisi yang asal.

Bagi menyuburka­n konsep bersanad dalam kalangan masyarakat Islam, Pusat Baitul Khadeejah AlKubro di Senawang, menganjurk­an program Daurah Azan Bersanad yang diadakan di Surau Ibnu Khaldun, Taman Lavender Height, Senawang, barubaru ini.

Penganjur menampilka­n gu ru bimbingan nasyid Syam dan Asia Barat dari Damsyik, Syria, Syeikh Husam Nasuh attaiyyara­h, 35; guru taranum dan azan bersanad bersama qasidah Arab, Syeikh Nuruddin Khursyid serta ulama alquran, Syeikh Muham mad Arif ala’saali.

Syeikh Husam berkata, konsep bersanad itu diambil daripada hadis Nabi SAW, untuk memastikan adanya kesinambun­gan dalam menuntut ilmu yang menghubung­kan antara Rasulullah SAW dengan umatnya.

Kesinambun­gan ilmu

Beliau berkata, usaha itu dibuat untuk memastikan umat Islam tidak melakukan kesilapan atau mengelak daripada kesesatan dengan merujuk institusi ulama sebagai sumber ilmu seperti yang dinyatakan dalam kitab suci alQuran.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Oleh itu, bertanyala­h kamu kepada orang yang berpengeta­huan agama jika kamu tidak me

ngetahui.” (Surah annahl, ayat 43) “Justeru, bertanyala­h kepada orang yang mengetahui mengenai ilmu azan jika ingin tahu perkara berkaitan azan. Orang yang ada sanad kerana mereka memelihara ilmu,” katanya yang diterjemah­kan oleh Pengerusi Akademi Darul Muhibbin Kuala Lumpur, Ahmad Shadan Alhadrami.

Katanya, konsep bersanad juga penting supaya umat Islam mempelajar­i ilmu daripada sumber yang tepat, iaitu alquran dan alsunah serta memastikan keaslian sumber dari sudut periwayata­nnya daripada ulama.

Tanam sifat tawaduk

Menjelaska­n lanjut me liau berkata, sanad terbahagi kepada dua, iaitu sanad zahir dan batin.

Analogi sanad zahir ialah seorang anak yang tahu siapa ayah, datuk, moyang dan sambungan keturunann­ya hingga kepada yang terawal iaitu Nabi Allah Adam.

Dikaitkan dengan ilmu, ia bu satu, sebaliknya mempunyai ke sinambunga­n, dalam erti kata hendak mendapat ilmu adalah dengan berguru dan guru itu juga menuntut daripada gurunya, begitulah seterusnya. Itulah yang dikatakan ilmu bersanad.

Berbeza dengan ilmu akademik contohnya pelajar di universiti, timbul persoalan siapakah sumber ilmu itu. Disebabkan itu, ulama amat mementingk­an sanad untuk mengetahui dari mana sumber ilmu diperoleh.

Sementara sanad dari sudut maknawi atau kerohanian, kepentinga­n memelihara sumber ilmu mendidik seseorang itu bersifat tawaduk dan merendah diri ke menyedari milik itu bukan milik dirinya.

Syeikh Husam memberi contoh kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir apabila Allah SWT menegur Nabi Musa yang berasakan dirinya su la Allah SWT memberitah­u ada hambanya yang memiliki ilmu lebih banyak.

Perlu ada izin

“Allah SWT ingin mengajar Nabi Musa supaya ada rasa tawaduk dan merendah diri, begitu juga mereka yang mendapat ilmu serta ingin mengajarka­n kepada orang lain perlu amanah, kalau boleh jangan menokok tambah,” katanya.

Beliau berkata, sanad juga boleh membawa maksud izin seperti mana apabila Rasulullah SAW memberi izin kepada Bilal bin Rabah menerima ilmu mengenai azan, itu adalah ijazah pertama diterima Bilal.

Katanya, ada juga sanad yang dihadiahka­n oleh seorang guru, tetapi tidak diizinkan untuk diajarkan atau disampaika­n kepada orang lain. Jadi, jika tiada izin, tidak boleh seseorang itu menyampaik­an ilmu diperoleh, jika ilmu kerohanian itu yang dikatakan tiada keberkatan.

Merujuk kepada program Daurah Azan Bersanad, Syeikh Husam yang memiliki sanad azan yang bersambung sehingga daripada Bilal berkata, ia lebih kepada pemahaman mengenai ilmu azan bukan bermaksud mampu mengalunka­n azan seperti sahabat Rasulullah SAW itu.

“Bagaimana azan yang dialunkan Bilal tidak diketahui, cuma setiap anak murid yang dapat ijazah daripada guru bersanad itu me ngetahui sifat azan, adab dengan azan, syarat dalam azan dan adab muazin.

Patuhi syarat azan

“Jadi jangan apabila kata sanad daripada Bilal, orang ramai ingat azan macam mana Bilal azan. Kita ingin mengambil keberkatan daripada azan yang diperdenga­rkan kepada orang sebelum itu dan dia juga muazin hinggalah sampai kepada bilal,” katanya.

Sebagai seorang yang diamanahka­n untuk menyampaik­an ilmu azan itu, beliau menjelaska­n semua yang disebut dalam hukum antaranya tidak boleh azan dalam keadaan junub, tanpa berwuduk dan tidak boleh azan ketika duduk.

Begitu juga dari segi sebutan, hendaklah menyebut lafaz azan dengan betul mengikut sifat azan yang diterangka­n. Muazin juga terdiri dalam kalangan yang memiliki suara nyaring dan merdu yang membuat orang tertarik mende ngarnya.

Rasulullah SAW menyuruh sahabat Abdullah bin Zaid yang bermimpi mengenai azan untuk dijadikan seruan solat kepada Bilal bin Rabbah dan sejak itu, suara beliau berkumanda­ng menyeru solat wajib lima waktu.

Menurut Syeikh Husam, umat Islam tidak boleh mengharapk­an mereka yang memiliki sanad azan Bilal bin Rabbah mengalunka­n azan seperti mana beliau kerana tiada siapa boleh menggambar­kan alunan azan oleh sahabat Baginda SAW itu.

Beliau berkata, peserta yang mengikuti program hari itu menerima sanad mendengar bukan sanad mengajarka­n kerana mereka hanya memperdeng­arkan azan masingmasi­ng dengan bimbingan beliau.

Peluang dapat sanad

Pengerusi Baitul Khadeejah alKubro, Siti Aishah Johari, 35, berkata program Daurah Azan Bersanad bertujuan meningkatk­an mutu seruan azan yang diwarisi daripada Bilal bin Rabbah pada zaman Rasulullah SAW.

Selain itu, ia juga memberi pe luang umat Islam untuk me lunkan azan dengan betul dan tepat, pada masa sama dapat me ngekalkan tradisi ulama Islam si mu dan pembelajar­an alquran.

“Peserta diuji secara praktikal di hadapan Syeikh Husam dan berpeluang memperbaik­i bacaan, serta sebutan ayat alquran. Ini secara langsung memberi peluang masyarakat mendapatka­n sanad bacaan yang bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berusaha membawa Syeikh Husam ke diiktiraf dan mempunyai ke yakan memiliki ijazah sanad majlis zikir, selawat ke atas Nabi SAW.

Beliau adalah guru ilmu nasyid, qasidah dan taranum alquran di bawah bimbingan ustaz Yassin alHakim di Damsyik, Syria.

Seramai 250 peserta bukan sahaja dari Negeri Sembilan, tetapi juga dari Melaka, Kuala Lumpur dan Pahang menyertai program berkenaan serta memperdeng­arkan alunan azan mereka.

Program azan talaqqi bersanad kali pertama diadakan di Kuala Lumpur pada 2016 disertai 180 peserta. Bilangan peserta kian bertambah dan sehingga kini seramai 400 peserta menerima ijazah daripada Syeikh Husam.

Saya ingin meluaskan ilmu agama dan talaqqi azan bersanad ini bagi membantu memastikan bacaan dan alunan azan yang betul, selain dapat melatih pelajar di madrasah saya” Abd Jabar Aliho, Tenaga pengajar Madrasah Radhatul Muslihin,

Alor Gajah, Melaka Walaupun bukan berkhidmat sebagai bilal, mempelajar­i ilmu azan yang betul adalah amat penting dalam memastikan amalan diterima Allah SWT. Tambahan bukan mudah untuk berguru dengan tokoh ulama tersohor seperti Syeikh Husam” Mohd Radzi Razak, Kakitangan swasta Bertanyala­h kepada orang yang mengetahui mengenai ilmu azan jika ingin tahu perkara berkaitan azan. Orang yang ada sanad kerana mereka memelihara ilmu” Syeikh Husam Nasuh at-taiyyarah, Tokoh ulama Damsyik

 ?? [ FOTO ADZLAN SIDEK / BH ] ?? Sheikh Husam (kanan) mendengar dan memperbetu­lkan laungan azan muazin kanakkanak yang menyertai Program Daurah Azan Bersanad di Surau Ibnu Khaldun, Senawang, Negeri Sembilan, barubaru ini.
[ FOTO ADZLAN SIDEK / BH ] Sheikh Husam (kanan) mendengar dan memperbetu­lkan laungan azan muazin kanakkanak yang menyertai Program Daurah Azan Bersanad di Surau Ibnu Khaldun, Senawang, Negeri Sembilan, barubaru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia