Berita Harian

Status Islam anak bawah umur ikut ibu atau bapa

-

Kaedah fiqh menetapkan ‘al saghir yattibu khayra al abawain dinan’ yang bermaksud seorang anak akan menjadi Islam apabila ibu atau bapanya memeluk Islam kerana Islam adalah agama terbaik, tidak ada yang lebih baik dan mulia daripada agama Islam.

Jumhur ulama termasuk mazhab Syafie berpandang­an selepas salah seorang ibu atau ayahnya memeluk Islam, anakanak mengikut agama Islam. Pandangan itu berdasarka­n sabda Rasulullah SAW: “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadany­a.” (Riwayat Baihaqy)

Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Kebangsaan Ke87 telah memutuskan, “Bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk

Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan berkenaan adalah secara langsung beragama Islam.”

Keputusan itu tidak bertentang­an peruntukan perlembaga­an pada Perkara 12 (A) Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau ayah atau penjaganya.

Berdasarka­n peruntukan itu, persetujua­n salah satu pihak sahaja memadai dalam penentuan agama seorang kanakkanak kerana perkataan digunakan dalam perkara 12(4) adalah parent or guardian bukannya parents or guardian yang membawa maksud ibu atau bapa atau penjaga.

Ada kes rujukan

Bahkan, Mahkamah Persekutua­n juga telah membuat keputusan selari dengan peruntukan undangunda­ng sedia ada. Antara kes rujukan utama dalam isu ini ialah kes Subashini Rajasingan lawan Sarvanan Thangathor­ay.

Keduadua pasangan beragama hindu dan mempunyai dua anak lelaki. Si suami memeluk Islam dan turut mengislamk­an salah seorang anak lelakinya. Bantahan dibuat oleh isterinya dan mengatakan pengislama­n anaknya itu tidak mendapat persetujua­n daripadany­a terlebih dahulu.

Mahkamah Persekutua­n memutuskan bapa kanakkanak itu mempunyai kuasa untuk mengislamk­an anaknya berdasarka­n Perkara 12 (4) Perlembaga­an Persekutua­n yang memperuntu­kkan agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

Oleh itu, suami yang memeluk Islam berhak untuk mengislamk­an anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju dengan pengislama­n anaknya.

Kekalkan akidah

Ramai juga yang keliru antara status agama anak bawah umur dan hak penjagaan anak (hadhanah) kerana ia dua perkara yang berbeza. Bagi isu penjagaan anak bawah umur, terdapat perbezaan pendapat mengenai syarat sama ada penjaganya mesti beragama Islam.

Mazhab Syafie dan Hambali menyatakan, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam kerana jika penjaga itu bukan beragama Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak kanak di bawah jagaannya.

Mazhab Hanafi dan Maliki pula berpandang­an mereka yang berhak memelihara anak tidak disyaratka­n beragama Islam dengan syarat tidak memesongka­n kanakkanak di bawah jagaannya daripada agama Islam.

Jika penjaga bukan Islam itu mengajar anakanak di bawah jagaannya perkara berkaitan agama selain

Islam, membawa anak itu ke tempat ibadat bukan

Islam, membiasaka­n anak itu meminum arak atau memakan babi, maka hak jagaan tidak boleh diberikan kepadanya.

Walaupun nampak berbeza antara pandangan ulama, hakikatnya mereka bersepakat bahawa akidah anak adalah seorang Muslim dan hendaklah kekal dalam Islam cara hidupnya walaupun masih boleh dijaga oleh bukan Islam.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Jumhur ulama termasuk Mazhab al-syafie berpandang­an jika ibu atau ayah memeluk Islam, anak bawah umur mengikut agama Islam.
[ FOTO HIASAN ] Jumhur ulama termasuk Mazhab al-syafie berpandang­an jika ibu atau ayah memeluk Islam, anak bawah umur mengikut agama Islam.
 ??  ?? Zamri Hashim Timbalan Mufti Perak
Zamri Hashim Timbalan Mufti Perak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia