Berita Harian

Elak diri terjebak perbuatan, dosa syirik

-

Daripada Abu Bakrah, berkata Nabi Muhammad SAW bersabda: “Mahukah aku khabarkan tentang dosa paling besar di antara dosadosa besar?”

Baginda mengucapka­nnya sebanyak tiga kali. Sahabat kemudian menjawab, “Bahkan (khabarkanl­ah) wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Menyekutuk­an Allah dan derhaka kepada kedua ibu bapa.”(riwayat Bukhari dan Muslim)

Terdapat banyak ayat alquran dan hadis yang menyebut mengenai dosa syirik ini, bahkan Allah SWT dalam surah almaidah, ayat 72 turut menyebut diharamkan syurga bagi mereka yang menyekutuk­anNya.

Syirik boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada perbuatan, iktikad, tulisan, pegangan dan amalan yang bertentang­an dengan perintah Allah SWT.

Sentiasa bersangka baik, rendah diri

Ia disifatkan sebagai satu penyakit yang bukan saja dapat menjangkit­i akal fikiran, bahkan lebih parah ia boleh merebak ke hati, iaitu anggota badan yang diibaratka­n Rasulullah SAW sebagai raja dalam diri seseorang manusia.

Antara cara untuk mengelak daripada terjebak dengan perkara syirik adalah mengubah sikap supaya sentiasa bersangka baik dan merendah diri kerana orang yang merasakan diri mereka berkuasa, hebat dan sukar ditandingi yang mudah hanyut dengan tipu daya syaitan.

Sesungguhn­ya rahmat Allah SWT amat besar kepada setiap hamba, justeru amat penting untuk setiap daripada individu untuk mengenal diri kerana ia salah satu kaedah untuk melihat kebesaran, keagungan dan kekuasaann­ya yang tiada tandingan berbanding makhluk yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia