Berita Harian

FELDA berada di kelas tersendiri

-

Memang tidak boleh disanggah, FELDA United berada di kelas tersendiri apabila mudah mengumpul enam mata maksimum hasil kemenangan dalam dua aksi pertama Liga Perdana.

Selepas membuka tirai saingan dengan kemenangan 2-1 ke atas UKM FC, skuad The Fighters terus ‘mengamuk’ dengan membelasah PDRM 6-2 Stadium Hang Jebat dalam aksi kedua.

Lapan jaringan dalam dua perlawanan menunjukka­n kemampuan skuad B Sathianath­an yang sememangny­a mahu memecut awal untuk menakluk puncak liga, kerana pastinya mereka tidak sabar untuk kembali ke Liga Super selepas diturunkan pangkat pada musim ini.

FELDA diuji

Namun, kemampuan sebenar FELDA United akan teruji pada Isnin ini, ketika menanti kunjungan skuad Harimau Kumbang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan.

Selepas tumbang dalam aksi pertama berdepan UITM FC, Pulau Pinang kembali menemui rentak kemenangan apabila menewaskan satu lagi pasukan universiti iaitu UKM FC dengan keputusan 2-1.

Pastinya kemenangan moral ini akan melonjakka­n semangat mereka untuk merencatka­n rentak kemenangan berturut-turut FELDA United.

Mampukah Zainal Abidin merencana strategi ampuh untuk mengecewak­an FELDA United yang memiliki kelebihan aksi di laman sendiri?

Dalam aksi lain, Sabah dilihat tidak bermasalah untuk meraih mata di laman sendiri ketika menanti kunjungan PDRM. Skuad ini sudah membuktika­n kemampuan mereka apabila menang besar ke atas TFC II dalam aksi pertama di laman sendiri sebelum seri 1-1 FELCRA FC 1-1 di Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia