Berita Harian

Durakovic puas hati prestasi Perak

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: “Empat mata yang dikumpul dalam tempoh? tiga hari adalah satu keputusan yang sangat menggembir­akan kami kerana bukan semua pasukan datang ke Kedah dapat pulang dengan kemenangan.”

Demikian menurut pengendali Perak, Mehmet Durakovic selepas kejayaan?anak buahnya membenam Kedah 3-1 di Stadium Darul Aman malam kelmarin selain mengikat Pahang 0-0 di Kuantan, Ahad lalu.

“Kami berjuang berhabis-habisan sepanjang 90 minit kerana kami sedar bukan tugas yang mudah untuk beraksi di Darul Aman, tetapi dengan perancanga­n dan usaha seratus peratus yang ditunjukka­n oleh semua pemain akhirnya kami berjaya cipta kemenangan,” kata Durakovic.

Pemain ikut taktikal

“Pemain berjaya mengikut taktikal seperti yang dirancang dan mereka lakukan apa yang saya arahkan dengan cuba mengatasi corak permainan Kedah yang kami sudah jangkakan, dan akhirnya kami berjaya hasilkan keputusan diharapkan,” katanya.

Durakovic berkata dengan kemenangan dan motivasi yang diperoleh melalui kemenangan ini, Bos Gaurus tetap akan meningkatk­an lagi prestasi dan mutu permainan untuk bertemu PKNS FC di laman sendiri Sabtu ini.

“Kami perlu teruskan usaha kerana perjalanan liga masih panjang. Tiga mata yang dikutip di Darul Aman ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana Kedah adalah sebuah pasukan yang terbaik di Malaysia selain JDT (Johor Darul Ta’zim).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia