Berita Harian

Kad merah punca tumbang

Pengendali Kedah, Ramon Marcote mengaitkan kekalahan skuad bimbingann­ya kepada Perak, 1-3 di Stadium Darul Aman kelmarin berpunca daripada pembuangan Liridon Krasniqi, empat minit selepas mereka berjaya menyamakan kedudukan pasukan pelawat

- Oleh Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Layangan kad merah antara punca kegagalan Kedah untuk bangkit memburu kemenangan dan akhir terpaksa akur dengan kekalahan 3-1 Kedah di tangan Perak pada aksi perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman kelmarin.

Pengendali skuad Helang Merah, Ramon Marcote ternyata kecewa kerana kad merah itu diterima selepas anak buahnya berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan.

“Kami berpeluang meneruskan perlawanan selepas menyamakan kedudukan di babak kedua di mana rentak perlawanan kami kuasai. Namun layangan kad merah kepada Liridon Krasniqi selepas empat minit gol penyamaan meranapkan usaha kami, seterusnya hingga ke hujung perlawanan,” katanya.

“Ternyata sukar untuk kami bangkit dengan 10 pemain. Saya mengambil risiko dengan meletakkan tiga pertahanan dalam usaha memburu gol. Pemain saya sudah berusaha sebaik mungkin namun kad merah benar-benar membunuh impian kami untuk mencari kemenangan.”

Perak baca strategi Kedah

Marcote juga mengakui Perak sudah menduga corak permainan pasukannya apabila memberi tumpuan kepada serangan balas dan situasi bola mati, termasuk memberi tekanan lebih kepada pemain tengah, Krasniqi dan Sandro Da Silva yang mampu mengancam pertahanan Perak.

“Sukar untuk kami bangkit kerana Perak mempunyai pemain yang berpengala­man dan mengambil kesempatan ke atas kekurangan kami di penghujung perlawanan. Kekalahan pertama di laman sendiri musim ini mengecewak­an kami.

“Pemain pertahanan Alvaro Silva yang diharapkan untuk beraksi masih belum pulih sepenuhnya dan saya tak mahu mengambil risiko.?saya mahukan dia beraksi, tetapi kecederaan otot pada kaki menyebabka­nnya perlu berehat hingga pulih sepenuhnya bagi mengelak kecederaan bertambah buruk.

“Perak ternyata memiliki kelebihan dengan kekuatan lima?pemain import berpengala­man di mana pada malam ini mereka hadir dengan tiga tonggak dari Brazil serta dua lagi pemain dari Australia dan Filipina.

“Jika kita menerima seorang lagi import kuota pemain ASEAN, ia dapat membantu meningkatk­an kekuatan pasukan. Namun jika tiada import kelima maka saya tiada pilihan melainkan meneruskan cabaran ini kerana Kedah juga memiliki pemain muda yang berbakat,” katanya.

Ternyata sukar untuk kami bangkit dengan 10 pemain. Saya mengambil risiko dengan meletakkan tiga pertahanan dalam usaha memburu gol” Ramon Marcote, Pengendali skuad Helang Merah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia