Berita Harian

Untung bersih Maxis RM2.08B

Pelan Maxisone melebihi dua juta pelanggan

- Oleh Shahrizan Salian

Maxis Bhd merekodkan keuntungan selepas cukai RM2.086 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, meningkat 5.5 peratus berbanding RM1.977 bilion tahun sebelumnya.

Ia disokong oleh peningkata­n perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pada tahun dikaji kepada RM4.597 bilion, berbanding RM4.5 bilion tahun sebelumnya, mencermink­an hasil yang lebih tinggi dan kesan positif dari inisiatif pengoptimu­man kos.

Hasil perkhidmat­an terus meningkat dalam pasaran yang sedang menurun, apabila mencatatka­n pertumbuha­n 0.8 peratus kepada RM8.525 bilion berbanding RM8.455 bilion tahun sebelumnya, disokong oleh peningkata­n kukuh dalam perkhidmat­an pasca bayar dan bersepadu.

Segmen pascabayar menyumbang peningkata­n sebanyak 4.2 peratus dengan hasil sebanyak RM4.117 bilion, didorong terutama oleh peningkata­n dalam asas langganan, dengan purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang tinggi dan stabil.

Pelan Maxisone Maxis sudah melebihi dua juta pelanggan, menyumbang ARPU bulanan yang tinggi sebanyak RM117.

Sementara itu, hasil prabayar merosot sebanyak 3.7 peratus kepada RM3.849 bilion, berbanding RM3.997 bilion tahun sebelumnya, disebabkan oleh asas langganan yang lebih rendah.

Dividen interim keempat

Maxis mengisytih­arkan dividen interim keempat sebanyak lima sen bersih sesaham, menjadikan dividen tahun penuhnya sebanyak 20 sen sesaham bagi 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, berkata 2017 adalah tahun yang kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggak­an.

“Kami menambah bahagian pasaran bagi hasil dan juga keuntungan. Kami membangunk­an rangkaian 4G LTE yang tidak dapat ditandingi sebagai rangkaian data terbaik dan terpantas,” katanya.

Bagi memastikan pelanggan terus menikmati pelayaran mudah alih terbaik, Maxis melabur RM1 bilion pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia