Berita Harian

Celcom perkenal pelan pascabayar baharu

-

Celcom Axiata Berhad (Celcom) mengumumka­n pelan pasca bayar terbaru yang menawarkan lebih banyak keistimewa­an gaya hidup kepada pelanggan, termasuk tiket penerbanga­n pergi balik percuma ke mana-mana destinasi negara Asean.

Pelanggan Celcom First berpeluang untuk memilih salah satu daripada dua keistimewa­an iaitu keistimewa­an sekali untuk tiket penerbanga­n atau keistimewa­an bulanan yang menggabung­kan dua keistimewa­an gaya hidup yang ditawarkan rakan niaga Celcom.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan­nya, Azwan Khan Osman Khan, berkata pelanggan Celcom First bukan saja menikmati data malah pelbagai keistimewa­an gaya hidup yang memuaskan.

Pengalaman terbaik

“Kami sentiasa ingin memastikan pelanggan memperoleh pengalaman terbaik daripada Celcom tanpa mengira sama ada melalui ruang digital atau aktiviti gaya hidup harian mereka,” katanya pada pelancaran Celcom First Lifestyle di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pengguna yang melanggan First Platinum pada harga RM148 (60GB) atau First Platinum Plus pada RM188 (100GB) selama 12 bulan akan menikmati keistimewa­an baru secara automatik.

Menurutnya, keistimewa­an itu membabitka­n perayauan data percuma dan panggilan serta khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke sembilan negara ASEAN (First Platinum Plus), data perayauan percuma ke sembilan negara ASEAN (First Platinum) dan Anydaygb percuma.

“Mereka juga boleh menikmati akses premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara percuma dan salah satu daripada keistimewa­an gaya hidup yang ditawarkan,” katanya.

Pihaknya turut menawarkan keistimewa­an gaya hidup untuk pengguna yang melanggan selama 12 bulan dengan First Gold pada harga RM80 (20GB), First Gold Plus pada RM98 (40GB) atau First Gold Supreme pada RM128 (RM50GB).

“Mereka akan menikmati keistimewa­an secara automatik seperti Anydaygb percuma, akses premium Iflix dan Yonder Music tanpa had dan salah satu daripada dua keistimewa­an yang ditawarkan,” katanya.

 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] ?? Azwan Khan (tengah) bersama Ketua Pemasaran (Prabayar dan Pascabayar) Celcom Axiata Berhad, Daren Victor (kiri) dan Ketua Penetapan Harga dan Pemasaran Runcit, Celcom Axiata Berhad, Zuwairi Zakaria pada pelancaran Celcom First Lifestyle di Kuala...
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] Azwan Khan (tengah) bersama Ketua Pemasaran (Prabayar dan Pascabayar) Celcom Axiata Berhad, Daren Victor (kiri) dan Ketua Penetapan Harga dan Pemasaran Runcit, Celcom Axiata Berhad, Zuwairi Zakaria pada pelancaran Celcom First Lifestyle di Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia