Berita Harian

‘Cuai jaga amanah, kepentinga­n FELDA’

PM setuju tubuh jawatankua­sa khas siasatan untuk ambil tindakan ke atas cadangan dalam laporan audit projek pembanguna­n Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) FELDA diarah ambil tindakan tatatertib, undang-undang ke atas individu dinamakan dalam laporan audit

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Audit forensik yang dijalankan terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di tanah milik FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, menunjukka­n wujud ketidakpat­uhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentinga­n FELDA.

Kajian audit yang yang dijalankan firma luar pada 4 Januari lalu merangkumi keseluruha­n proses, bermula cadangan projek pembanguna­n KLVC, proses pelaksanaa­n projek sehingga isu pindah hak milik tanah FELDA kepada pemaju projek, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Sebanyak 240 dokumen di pejabat FELDA, FICSB, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terbabit dalam kajian audit itu. Kajian juga membabitka­n temu bual semua pegawai yang terbabit di agensi berkenaan.

Laporan akhir audit itu dikemukaka­n kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2 Februari lalu dan dibentangk­an kepada Perdana Menteri, selaku menteri bertanggun­gjawab ke atas FELDA pada Isnin lalu.

Tindakan atas cadangan dibuat laporan audit

Berikutan itu, Datuk Seri Najib Razak, bersetuju supaya satu jawatankua­sa siasatan dalaman ditubuhkan untuk mengambil tindakan ke atas cadangan yang dibuat dalam laporan audit itu.

Dalam satu kenyataan JPM semalam menyebut, FELDA turut diarahkan mengambil tindakan tatatertib dan undang-undang ke atas mereka yang dinamakan dalam laporan audit itu, yang didapati cuai dalam menjalanka­n tugas, salah nyata dan tidak menjaga kepentinga­n FELDA atau Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FICSB).

“Perdana Menteri juga bersetuju sebuah Jawatankua­sa Perunding ditubuhkan bagi mengkaji semula perjanjian antara FICSB dengan SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn Bhd (SPKLVCSB).

“Jawatankua­sa itu akan dianggotai Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail; Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid; Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali; Timbalan Ketua Setiausaha JPM, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-swasta (UKAS), Datuk Seri Ahmad Husni Hussain,” kata kenyataan itu.

Pada Disember tahun lalu, laporan eksklusif BH mendedahka­n, FELDA berisiko kehilangan tanahnya bernilai lebih RM270 juta di Jalan Semarak menerusi transaksi yang diragui pada 2015 bagi pembanguna­n KLVC.

Namun, selepas 26 hari pendedahan itu, FELDA mendapatka­n semula tanahnya selepas ia dikembalik­an berserta dokumen berkaitan untuk melaksanak­an proses pindah milik menerusi perjanjian persefaham­an antara FELDA dan SPSB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia