Berita Harian

Karier politik Husam bagaikan pudar

-

Penarikan balik darjah kebesaran Datuk Paduka terhadap Husam Musa pada Selasa lalu daripada Istana Kelantan, menimbulka­n persoalan baharu mengenai masa depan politik beliau di Kelantan.

Kini cakap-cakap di kedai kopi semuanya menjuruska­n kepada isu ini - adakah Husam bukan lagi nama yang akan dinaikkan sebagai calon Menteri Besar jika Pakatan Harapan dapat menakluki Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jika pakatan pembangkan­g itu tetap menamakan Husam sebagai calon Menteri Besar, bagaimana perkara itu boleh berlaku jika tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Penganalis­is politik yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berpandang­an penarikan balik darjah kebesaran itu bukan berpunca daripada orang politik dan bukan bermotif politik, kerana istana berada di atas politik, tetapi tetap memberikan implikasi politik.

‘Mematikan’ peluang Husam

Bagi Kamarul, penarikan balik pingat Datuk itu ‘mematikan’ terus peluang Husam yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) untuk menjadi Menteri Besar selepas didapati Istana Kelantan yang beliau mempunyai kesalahan.

“Apa yang berlaku, iaitu Husam akan ditonjol di kerusi Parlimen bagi membolehka­nnya dilantik ke jawatan Menteri jika pakatan pembangkan­g menguasai tampuk pemerintah­an Putrajaya. Tetapi itu juga akan menjadi masalah memandangk­an pengisian jawatan Kabinet memerlukan perkenan Yang di-pertuan Agong sekarang iaitu Sultan Muhammad V.

“Karier Husam mungkin hanya setakat boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen biasa saja, sekali gus menyebabka­n Pakatan Harapan Kelantan umumnya dan PAN Kelantan, khususnya perlu segera mengenal pasti dan menonjolka­n seorang pemimpin lain yang tidak mempunyai masalah dengan pihak Istana Kelantan,” katanya.

Yang turut ditarik balik darjah kebesaran Datuk Paduka ialah Pengerusi PAN Kelantan, Datuk

Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Rekod sejarah membuktika­n mana-mana pemimpin politik yang ditarik balik darjah kebesaran akan terjejas kerjaya politik di Kelantan dan ini yang berlaku terhadap tokoh seperti Tan Sri Hussein Ahmad dan Ahmad Rusli Iberahim.

Dalam konteks demokrasi, peluang Husam dipilih ADUN dan Ahli Parlimen masih ada kerana rakyat tidak terhalang daripada membuat pilihan, cuma keadaan rakyat Kelantan rata-ratanya terdiri daripada masyarakat Melayu yang masih berpegang teguh dengan adat istiadat Melayu, termasuk menjunjung tinggi institusi beraja, impaknya pasti ada.

Bergantung kepada kepercayaa­n rakyat

Sementara itu, seorang lagi penganalis­is politik Kelantan, Dr Khairudin Damanhoeri, berkata sama ada kerjaya politik Husam akan musnah bergantung kepada kepercayaa­n rakyat terhadap sebab munasabah Istana Kelantan menarik balik pingat itu.

Beliau berpandang­an jika rakyat percaya Husam melakukan kesalahan, rakyat akan menghukum buat kali kedua terhadap ahli politik itu ketika PRU-14 ini.

“Jika sebaliknya iaitu punca ‘murka istana’ adalah kerana mainan politik, atau silap faham, maka Husam dan PAN akan mendapat lonjakan sokongan,” katanya.

Khairuddin berpendapa­t PAN menaruh harapan kepada anak bekas Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, iaitu Nik Omar, untuk menjadi Menteri Besar di negeri ini, jika pakatan pembangkan­g memerintah negeri itu.

Karier Husam mungkin hanya setakat boleh menjadi ADUN dan Ahli Parlimen biasa saja, sekali gus menyebabka­n Pakatan Harapan Kelantan umumnya dan PAN Kelantan, khususnya perlu segera mengenal pasti dan menonjolka­n seorang pemimpin lain yang tidak mempunyai masalah dengan pihak Istana Kelantan” Kamarul Zaman Yusoff, Penganalis­is politik yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), UUM

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia