Berita Harian

KWSP agih RM48.13 bilion

Jumlah agihan dividen bagi Simpanan Konvension­al adalah RM44.15 bilion, manakala pulangan pertama bagi Simpanan Shariah berjumlah RM3.98 bilion

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytih­arkan 6.9 peratus kadar dividen untuk Simpanan Konvension­al 2017, membabitka­n agihan sebanyak RM44.15 bilion, semalam.

Pemilik akaun Simpanan Shariah yang mula diperkenal­kan pada 8 Ogos 2016 pula menerima pulangan berkadar 6.4 peratus dengan agihan berjumlah RM3.98 bilion.

Pengkredit­an Dividen 2017 akan dilaksanak­an hari ini dan ahli boleh mendapat maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau aplikasi mudah alih i-akaun.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, berkata jumlah keseluruha­n agihan dividen bagi 2017 itu adalah RM48.13 bilion, peningkata­n 29.8 peratus berbanding 2016.

“Kami amat sukacita dengan prestasi keseluruha­n pada 2017, iaitu tahun penting bagi KWSP dalam menguruska­n dua skim simpanan dan mengisytih­arkan dua kadar dividen.

“Simpanan Shariah menunjukka­n prestasi kukuh untuk perisytiha­ran pulangan pertama, sekali gus membuktika­n ia mapan dan memberikan berita baik kepada ahli yang bertukar daripada Simpanan Konvension­al.

“Bagi Simpanan Konvension­al, kadar 6.9 peratus adalah kadar tertinggi pernah diumumkan sejak 1997,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pengagihan dividen bagi setiap akaun diperoleh daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak susut nilai bersih aset kewangan, kerugian tidak nyata disebabkan kadar pertukaran mata wang asing, harga instrumen derivatif, perbelanja­an pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluara­n.

Simpanan Shariah hanya memperoleh pendapatan mengikut bahagianny­a daripada aset shariah, manakala pendapatan Simpanan Konvension­al terbahagi kepada dua, iaitu aset shariah dan bukan shariah, masing-masing berkadar 38 peratus dan 62 peratus.

Samsudin berkata, pendapatan pelaburan kasar KWSP untuk 2017 adalah RM53.14 bilion, jumlah tertinggi sejak penubuhann­ya pada 1951.

Sehubungan itu, katanya, RM4.6 bilion diperuntuk­kan kepada Simpanan Shariah, manakala Simpanan Konvension­al RM48.54 bilion.

“Pulangan Simpanan Konvension­al ditingkatk­an oleh pendapatan diperoleh daripada pelaburan bukan shariah berikutan lonjakan prestasi saham perbankan sedunia, manakala Simpanan Shariah tidak dilaburkan dalam saham perbankan konvension­al memandangk­an ia tidak patuh shariah.

“Selain itu, susut nilai ekuiti daripada saham patuh shariah terutama sektor minyak dan gas serta telekomuni­kasi menurunkan pendapatan portfolio shariah KWSP.

“Sememangny­a akan wujud perbezaan pulangan Simpanan Shariah berbanding Simpanan Konvension­al dalam jangka pendek, namun prestasi kedua-dua skim ini dijangka hampir sama dalam jangka panjang kerana mempunyai objektif serta strategi pelaburan sama,” katanya.

Sebagai agensi pengurusan simpanan persaraan, Samsudin berkata, objektif KWSP adalah melindungi dan menambah nilai simpanan persaraan ahli yang boleh dinilai menerusi perisytiha­ran dividen berbanding kadar inflasi Malaysia.

Melebihi kadar inflasi

Sehubungan itu, katanya, perbanding­an penilaian bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvension­al bagi 2017, masing-masing adalah 2.61 peratus dan 3.11 peratus, iaitu melebihi kadar inflasi sebanyak 3.79 peratus.

“Sepanjang tiga tahun lalu, KWSP mengisytih­arkan kadar pulangan dan dividen melebihi sasaran dua peratus dividen sebenar masing-masing sebanyak 3.51 peratus dan 3.67 peratus bagi purata bergerak tiga tahun,” katanya.

Menyentuh dividen 2017 sebanyak RM48.13 bilion, Samsudin berkata, jumlah yang perlu diagihkan untuk setiap satu peratus kadar dividen adalah RM7.02 bilion, selaras pertumbuha­n tahunan baki simpanan ahli, iaitu 10.98 peratus sejak 1990.

Katanya, jumlah simpanan ahli setakat 31 Disember 2017 adalah RM768.51 bilion, membabitka­n nilai RM67.76 bilion bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvension­al (RM700.75 bilion).

“Ini cabaran yang perlu dihadapi dalam menguruska­n dana besar seperti KWSP dengan menjana pulangan pelaburan konsisten dan mapan untuk jangka panjang.

“Ia juga sebahagian matlamat mempelbaga­ikan pulangan menerusi pelaburan luar negara memandangk­an peningkata­n nilai aset global melonjak peningkata­n peluang mengaut keuntungan daripada pasaran serta kelas aset berbeza,” katanya.

Jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP untuk 2017 adalah RM53.14 bilion, naik 14.13 peratus daripada RM46.56 bilion pada 2016.

Peningkata­n 11.90 peratus setahun sejak 2007 itu bersamaan 7.3 peratus pulangan atas pelaburan (ROI).

Samsudin berkata, pelaburan KWSP memberikan ROI tahunan tiga tahun sebanyak 7.30 peratus, iaitu pencapaian sebagai sebuah dana seimbang dengan pendedahan sebanyak 50 peratus terhadap instrumen pendapatan tetap.

Bagi Simpanan Konvension­al, kadar 6.9 peratus adalah kadar tertinggi pernah diumumkan sejak 1997” Samsudin Osman, Pengerusi KWSP

 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Pencarum KWSP berurusan di kaunter KWSP.
[GAMBAR HIASAN] Pencarum KWSP berurusan di kaunter KWSP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia