Berita Harian

BUDAK BAWAH 5 TAHUN TIDAK SESUAI MAIN PERANTI ELEKTRONIK

Kanak-kanak patut dihadkan terdedah tablet, telefon bimbit elak masalah mata

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kanak-kanak sewajarnya hanya dibenar bermain peranti tablet atau telefon bimbit sekitar 17 minit sehari untuk mengelakka­n penglihata­n mereka terjejas teruk.

Ia berdasarka­n hasil kajian peringkat global yang merumuskan, kanakkanak tidak boleh didedahkan kepada alat teknologi seperti peranti tablet, telefon bimbit dan televisyen lebih dua jam seminggu untuk mengelakka­n implikasi lebih serius kepada daya penglihata­n mereka.

Namun, trend masa kini menyaksika­n ramai ibu bapa membiarkan anak bermain peranti tablet atau telefon bimbit atau menonton televisyen bagi tempoh lama sebagai ganjaran, sama ada kerana selesai melakukan kerja sekolah atau mengulang kaji pelajaran.

Lebih memburukka­n keadaan, ada ibu bapa langsung tidak mengehadka­n penggunaan kemudahan teknologi berkenaan sehingga anak menjadi ketagih dan tidak berhubung dengan dunia luar.

Pensyarah Jabatan Optometri Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UITM) Puncak Alam, Wan Elhami Wan Omar, berkata tempoh dua jam seminggu itu dirumuskan hasil kajian pada peringkat global yang diterima umum, tetapi tidak diikuti masyarakat hari ini.

Main sepuas hati

“Adakah masih ada ibu bapa tidak langsung membenarka­n anak bermain tablet atau hadkan dua jam seminggu untuk itu? Saya percaya, paling kurang pun mereka biarkan anak bermain tablet sepuas hati pada hujung minggu.

“Apa yang perlu kita tahu, kanakkanak harus terdedah kepada cahaya matahari. Jika tidak, pasti tumbesaran mereka perlahan. Lebih-lebih lagi kesannya buruk kepada penglihata­n mereka,” katanya.

Wan Elhami berkata, kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun amat tidak digalak didedahkan kepada peranti elektronik, sebaliknya perlu diberi pendedahan kepada kegiatan luar rumah dan riadah untuk memperoleh cahaya matahari secukupnya.

“Kanak-kanak dengan masalah penglihata­n seperti rabun dan silau berdepan risiko lapisan retina mereka lekang jika main peranti tablet tanpa kawalan. Jika sudah rabun, tentu penglihata­n mereka bertambah buruk jika bermain tablet atau telefon bimbit tanpa kawalan.

“Ini disebabkan bola mata akan jadi lebih panjang. Jika tidak dirawat, retina amat berisiko untuk tercabut,” katanya sambil menambah, setakat ini tiada ubat mampu merawat rabun, kecuali cermin mata dan kanta lekap. Itu pun hanya boleh menambah baik tahap penglihata­n.

Katanya, kanak-kanak dengan masalah penglihata­n menunjukka­n simptom mudah seperti kerap menggosok mata, sering terlanggar perabot di rumah, menonton televisyen terlalu dekat dan sering mengecilka­n sebelah atau kedua-dua belah mata untuk melihat sesuatu.

Wan Elhami berkata, peranti tablet serta telefon bimbit sememangny­a mampu mengakibat­kan masalah mata seperti rabun jauh, khususnya bagi mereka yang terlalu ketagih dengan alat teknologi itu.

Apabila power mata terlalu banyak, katanya, mata kanak-kanak akan terdedah kepada penyakit ‘amblyopia’ atau ‘mata malas’ yang bukan seperti mata mengantuk serta berbahaya jika tidak dirawat awal kerana boleh mengakibat­kan mata hilang fungsi tanpa disedari.

 ??  ??
 ??  ?? Wan Elhami Wan Omar
Wan Elhami Wan Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia