Berita Harian

PAS GUGUR BAIAH CERAI TALAK TIGA CALON PARTI TANDING PRU-14

Sumpah dijangka diselaras seluruh negeri, parti semakin kukuh

- Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my

PAS dijangka menggugurk­an sumpah baiah talak tiga yang perlu dilafazkan calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan kesetiaan ahli dan kekuatan parti itu didakwa semakin kukuh.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata kandungan sumpah baiah itu akan diselarask­an bagi setiap negeri dan dijangka tidak lagi menyentuh perceraian.

Beliau berkata, tindakan itu dilaksanak­an berikutan parti tidak lagi berdepan keadaan genting seperti pernah berlaku dalam politik Kelantan.

Katanya, Kelantan sebelum ini pernah berdepan keadaan genting ibarat telur di hujung tanduk itu hingga memaksa bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarha­m Datuk Nik Aziz Nik Mat memasukkan kandungan sumpah baiah yang boleh menggugurk­an talak ke atas isteri mereka.

“Oleh kerana kita sudah tidak lagi berdepan suasana genting seperti di Kelantan, kita akan selaraskan di seluruh negeri dan kemungkina­n tidak akan ada lagi baiah membabitka­n perceraian suami isteri.

“Secara umumnya sumpah baiah bermakna kita memberi ketaatan dan walak kepada parti, sekiranya melanggar baiah itu, maka secara umumnya Allah akan melaknat orang yang berbaiah itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumpah ikat wakil rakyat

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, sumpah baiah yang diamalkan PAS sejak sekian lama bukan sesuatu yang ekstrem, sebaliknya satu mekanisme dan pendekatan diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW dan menjadi cara terbaik untuk menjaga parti daripada tawaran musuh politik untuk wakil rakyat melompat parti.

Beliau berkata, sumpah baiah bertujuan mengikat wakil rakyat supaya kekal dalam parti dan jika tidak, dengan mudah wakil rakyat keluar serta merosakkan parti.

“Inilah cara terbaik yang sudah kita amalkan sejak sekian lama, bagi mereka yang sudah keluar PAS dan tidak mahu berbaiah, terpulang kepada mereka.

“Bagi PAS, sumpah baiah adalah satu cara mengikat ahli PAS menjadi wakil rakyat supaya sedar kemenangan­nya bukan kerana individu, sebaliknya atas kapasiti parti,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Datuk Phahrolraz­i Zawawi mendakwa sumpah baiah diamalkan PAS memberi implikasi negatif kepada dua pihak, selain memperliha­tkan pendekatan parti itu yang ekstrem.

Beliau dilaporkan berkata, wakil rakyat yang melafazkan baiah PAS, terutama membabitka­n talak isteri, berdepan risiko kerana sumpah berkenaan akan ‘memakan diri’ apabila tidak lagi bergelar pemimpin PAS.

Bagi PAS, sumpah baiah adalah satu cara mengikat ahli PAS menjadi wakil rakyat supaya sedar kemenangan­nya bukan kerana individu, sebaliknya atas kapasiti parti” Mahfodz Mohamed Ketua Dewan Ulama PAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia