Berita Harian

SYRIA TEMBAK JATUH JET F-16 ISRAEL

-

Anggota tentera Israel memeriksa bangkai pesawat

F-16 milik tentera Zionis yang terhempas di Harduff di utara Kibbutz selepas dijatuhkan pihak kawalan pertahanan Syria, semalam.

Baitulmaqd­is: Sebuah jet pejuang Israel terhempas, semalam, selepas terkena tembakan pertahanan udara Syria ketika melakukan serangan mensayarka­n Iran di negara dilanda peperangan itu.

Juruterban­g berkenaan yang menerbangk­an F16 dilaporkan terhempas di lembah Jezreel di utara Israel namun ditemui selamat.

Namun, sejurus selepas insiden itu Iran mengutuk rejim Zionis yang dianggap menipu dan berkata Syria mempunyai hak mempertaha­nkan diri.

Russia turut menyokong Tehran.

Bedil untuk halang dron ceroboh

Pesawat pejuang Israel membuat bedilan kononnya mahu menghalang dron Iran yang menceroboh ke kawasan mereka.

“Pegawai Zionis sudah pandai bercakap bohong semata-mata mahu menutup penjenayah­an mereka di rantau ini,” kata jurucakap kementeria­n luar, Bahram Ghasemi kepada AFP.

Episod saling berbalas tembakan itu adalah yang paling serius membabitka­n dua musuh ketat, Israel dan Iran sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011.

Sementara itu, Syria berkata, pertahanan udaranya menangkis dua serangan Israel yang mensasarka­n pangkalan tentera di pusat bandar, membedil jatuh lebih daripada sebuah pesawat perang dalam serangan pertama.

“Menjelang subuh, musuh zionis melakukan penceroboh­an baharu terhadap salah sebuah pangkalan tentera kami di tengah bandar,” lapor agensi berita negara, SANA.

Pertahanan udara Syria menangkis dua serangan Israel yang mensasarka­n pangkalan tentera di pusat bandar, membedil jatuh lebih daripada sebuah pesawat perang dalam serangan pertama” Kenyataan Syria

 ??  ?? Jet pejuang F-16 jenis sama yang dilaporkan terhempas di Syria, semalam.
Jet pejuang F-16 jenis sama yang dilaporkan terhempas di Syria, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia