Berita Harian

‘ANACONDA SARAWAK’ 100KG DITANGKAP KETIKA MENGAWAN

Pemburu terkejut bunyi bising bawa penemuan Anaconda Sarawak

- Oleh Erika George bhnews@bh com.my

Bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar Sungai Kelawit, di sini, membawa penemuan ular sawa betina bersaiz gergasi.

Mendapat jolokan ‘Anaconda Sarawak’, reptilia itu dengan berat melebihi 100 kilogram, ditemui kira-kira jam 4.45 petang oleh seorang pemburu di kawasan terbabit, selepas curiga dengan bunyi bising berkenaan.

Tertarik dengan bunyi bising itu, Tinsung Ujang, 60, kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejut melihat ular sawa gergasi sedang mengawan dengan seekor ular sawa jantan yang lebih kecil saiznya.

“Saya terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sawa sedang mengawan, iaitu sawa betina gergasi sepanjang lima meter, manakala pasanganny­a seekor ular sawa jantan bersaiz agak kecil.

Jadi hidangan eksotik

“Ia luar biasa itu dan saya terus menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran,” katanya ketika ditemui, petang semalam.

Bagaimanap­un, katanya, saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarka­nnya membawanya pulang ke rumah sebelum meminta bantuan beberapa rakan.

“Kami terpaksa ‘membelah’ kayu balak itu untuk mengeluark­an kedua-dua ular sawa berkenaan,” katanya.

Tinsung berkata, ular sawa itu kemudian dibawa keluar dari kawasan belukar itu menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebelum dipamerkan ke penduduk setempat.

“Ia kemudian dilapah dan dagingnya dibahagika­n sama rata kepada penduduk kampung serta pekerja ladang berhampira­n,” katanya.

Kami terpaksa ‘membelah’ kayu balak itu untuk mengeluark­an kedua-dua ular sawa berkenaan” Tinsung Ujang, Pemburu

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PENDUDUK] ?? Ular sawa betina gergasi yang ditemui Tinsung dalam lubang kayu balak, di kawasan belukar Sungai Kelawit, Bintulu.
[FOTO IHSAN PENDUDUK] Ular sawa betina gergasi yang ditemui Tinsung dalam lubang kayu balak, di kawasan belukar Sungai Kelawit, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia