Berita Harian

PM bukti kesungguha­n bangunkan Sarawak

Ketua Menteri jamin sokongan padu rakyat Bumi Kenyalang untuk BN

- Oleh Hardi Effendi Yaakob, Adib Povera dan Mohd Roji Kawi bhnews@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak membuktika­n kesungguha­nnya membawa pembanguna­n ke Sarawak sepanjang sembilan tahun memimpin Kerajaan Persekutua­n.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata bukti paling jelas ialah kesudian Perdana Menteri mengembali­kan empangan Loji Hidroelekt­ik Bakun kepada kerajaan negeri.

Malah, katanya, pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo bernilai lebih RM14 bilion antara bukti kesungguha­n Najib mengubah Sarawak.

“Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sudah 59 kali melawat Sarawak dan 126 lokasi termasuk yang jauh di pedalaman dikunjungi­nya.

Komitmen berterusan

“Beliau tidak pernah datang dengan tangan kosong, sebaliknya ada sahaja peruntukan pembanguna­n diluluskan, sekali gus membuktika­n komitmen berterusan beliau mengimbang­i pembanguna­n negeri ini dengan negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan sempena perasmian Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 yang disempurna­kan Najib di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, semalam.

Yang turut hadir, kedua-dua Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Abang Johari berkata, keikhlasan Najib membantu Sarawak membuatkan beliau sentiasa dekat di hati rakyat negeri ini.

“Malah, beliau turut membuka jalan kepada usaha mengembali­kan beberapa perkara berkaitan hak keistimewa­an negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pelbagai transforma­si dilaksana

“Pelbagai transforma­si pembanguna­n dan sosioekono­mi dilaksanak­annya dalam tempoh sembilan tahun ternyata jauh berbeza berbanding seorang Perdana Menteri yang memerintah negara 22 tahun,” katanya.

Justeru, Abang Johari memberi jaminan Sarawak akan terus memberi sokongan padu kepada Najib, khususnya pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14) untuk memastikan beliau kekal menjadi Perdana Menteri.

“Pada Pilihan Raya Negeri lalu, PBB memenangi semua kerusi dipertandi­ngkan dan saya memberi jaminan untuk berusaha mengulangi­nya pada PRU-14 sebagai sokongan padu kita kepada Perdana Menteri.

“Saya beri jaminan kita akan memberikan pencapaian terbaik A+ kepada Barisan Nasional dan yakin dengan kecemerlan­gan itu, Sarawak terus dekat di hati Perdana Menteri,” katanya.

Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sudah 59 kali melawat Sarawak dan 126 lokasi, termasuk yang jauh di pedalaman dikunjungi­nya. Beliau tidak pernah datang dengan tangan kosong, sebaliknya ada sahaja peruntukan pembanguna­n diluluskan” Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak

 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Najib diiringi Abang Johari dan kepemimpin­an Parti PBB ketika hadir pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Parti PBB, Ke-14, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Najib diiringi Abang Johari dan kepemimpin­an Parti PBB ketika hadir pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Parti PBB, Ke-14, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia