Berita Harian

Peningkata­n durian runtuh untuk pencarum

-

Kuala Lumpur: Peningkata­n ketara dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 1.2 peratus bagi 2017, membuktika­n keberkesan­an strategi kerajaan dan KWSP dalam mengukuhka­n pelaburann­ya.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata peningkata­n kadar dividen itu adalah durian runtuh kepada lebih 14 juta pencarum di negara ini.

Katanya, MTUC berterima kasih di atas keterbukaa­n kerajaan dan KWSP dalam melaksanak­an inisiatif tertentu bagi memastikan pencarum mendapat pulangan dividen yang positif berbanding tahun sebelumnya.

“MTUC mengetahui 2016 adalah tahun kewangan yang tidak baik disebabkan beberapa keadaan, antaranya penurunan nilai ringgit dan suasana politik yang menimbulka­n kegusaran bagi pelabur.

“Namun, keyakinan kami bertambah baik bagi 2017 selepas pertemuan dengan Perdana Menteri yang bersedia melakukan anjakan dalam memastikan peningkata­n peratusan dividen ini menjadi kenyataan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

KWSP semalam mengisytih­arkan dividen 6.9 peratus bagi simpanan konvension­al dan pulangan 6.4 peratus bagi simpanan shariah bagi 2017.

Untuk rekod, dividen bagi simpanan konvension­al 2016 adalah 5.7 peratus.

Cadang pinda Akta KWSP

Abdul Halim turut mencadangk­an kerajaan meminda Akta KWSP untuk menaikkan kadar dividen wajib yang ketika ini ditetapkan pada 2.5 peratus.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengumuman dividen itu adalah kejutan manis kepada pencarum kerana ia adalah kadar tertinggi sejak 2000.

Katanya, kadar dividen itu juga lebih tinggi daripada paras inflasi negara, menandakan simpanan pencarum terpelihar­a daripada ‘hakisan’ inflasi.

“Lebih penting adalah strategi pelaburan luar negara dilihat membuahkan hasil yang baik.

“Perkara ini juga berdasarka­n Strategi Alokasi Aset (SAA) mereka yang akan mengambil kira faktor pulangan dan risiko pelaburan bagi setiap kelas aset,” katanya.

Mohd Afzanizam melahirkan keyakinan pada prestasi masa depan KWSP, berdasarka­n suasana kenaikan kadar faedah di negara maju yang memberi isyarat bahawa eknomi global sedang bertumbuh lebih stabil tanpa sokongan dasar monetari berlebihan.

Bantu naik prospek pulangan

“Faktor ini akan membantu menaikkan prospek pulangan pelaburan sama ada dalam pasaran ekuiti atau bon, sejajar dengan risiko pelaburan diambil,” katanya.

Mengulas mengenai kadar dividen bagi simpanan shariah lebih rendah berbanding konvension­al, Mohd Afzanizam berkata ia bergantung pada prestasi aset, selain ia tidak termasuk dalam saham perbankan.

Bagaimanap­un, katanya, kadar 6.4 peratus adalah satu pengumuman positif kerana ia kali pertama diumumkan sejak simpanan shariah dibuka pada Ogos 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia