Berita Harian

Malaysia tidak ditekan China isu Uighur: TPM

Kedua-dua negara patuhi persetujua­n Bantuan Perundanga­n Bersama

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Malaysia tidak berdepan sebarang tekanan daripada China, berhubung pengendali­an 11 etnik Uighur Islam yang masih dalam tahanan di negara ini, selepas melarikan diri dari penjara Thailand tahun lalu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan tekanan itu tidak timbul kerana China membuat permohonan rasmi kepada Malaysia untuk mengekstra­disi 11 etnik Uighur berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalanka­n siasatan terperinci mengenai penahanan 11 warga Uighur itu, termasuk sama ada mereka terbabit dalam aktiviti militan Daesh.

“Malaysia berpegang kepada persetujua­n Bantuan Perundanga­n Bersama (MLA) yang dimeterai bersama China, jadi tidak timbul kita ditekan mana-mana pihak, termasuk China, malah perjanjian berkenaan harus dihormati.

“Sudah menjadi kewajipan PDRM untuk menjalanka­n siasatan rapi, malah kita bekerjasam­a rapat dengan polis China berhubung isu ini.

“Malaysia juga mengguna pakai perjanjian MLA untuk ekstradisi rakyat negara kita yang terbabit dalam sindiket pemalsuan kad kredit di China tahun lalu.

Negara lain tak perlu bimbang

“Jadi mana-mana pihak atau negara lain tidak perlu bimbang dengan langkah Malaysia menyiasat, mahu pun jika kita mengekstra­disi 11 etnik Uighur itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Bersama Pemimpin Negara Sempena Minggu Haluan Siswa (MHS) Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2017/2018, di Dewan Tunku Mahkota Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, semalam.

Yang turut hadir isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga Ahli Parlimen Sri Gading dan Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly.

Semalam, REUTERS yang memetik kenyataan sumber, melaporkan China sedang berbincang dengan kerajaan Malaysia mengenai pengusiran 11 etnik Uighur yang ditahan di negara ini.

Laporan itu mendakwa Malaysia berada dalam tekanan hebat daripada China, untuk menyerahka­n mereka ke negara terbabit, bukannya ke Thailand.

Ditanya bila Kerajaan Malaysia akan mengekstra­disi 11 etnik Uighur itu, Ahmad Zahid berkata, tiada tempoh masa ditetapkan berikutan siasatan masih lagi dijalankan.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan majlis berkenaan, beliau mengingatk­an mahasiswa memperkema­skan diri bagi menghadapi cabaran dunia kerjaya yang semakin tidak menentu.

Katanya, semakin ramai tenaga kerja diberhenti­kan berikutan tidak mencapai kompetensi yang dikehendak­i pasaran kerja.

“Saya amat kecewa jika ada negarawan yang menghina dan memperleke­hkan mahasiswa yang menjual nasi lemak, sedangkan itulah daya mandiri mahasiswa dalam memenuhi kelangsung­an hidup ketika menunggu peluang kerjaya,” katanya.

Mana-mana pihak atau negara lain tidak perlu bimbang dengan langkah Malaysia menyiasat, mahu pun jika kita mengekstra­disi 11 etnik Uighur itu nanti” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Ahmad Zahid menerima topi juruterban­g daripada Wahid (empat dari kiri) sebagai gimik perasmian majlis Bersama Pemimpin Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda semester II Sesi 2017/8, di UTHM, Batu Pahat, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Ahmad Zahid menerima topi juruterban­g daripada Wahid (empat dari kiri) sebagai gimik perasmian majlis Bersama Pemimpin Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda semester II Sesi 2017/8, di UTHM, Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia