Berita Harian

GPS tak lagi jadi asas penilaian KPI

PPSR diberi penekanan tentukan kemenjadia­n murid secara holistik

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Mulai tahun ini, Kementeria­n Pendidikan tidak lagi menjadikan Gred Purata Sekolah (GPS) sebagai asas penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) sekolah rendah kerana ia tidak menjurus kepada pembanguna­n murid secara keseluruha­n.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata ia juga bagi memastikan pelaksanaa­n Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) diberikan penekanan sepatutnya untuk menentukan kemenjadia­n murid secara holistik.

Katanya, GPS yang dijadikan amalan sejak dulu, tidak boleh dijadikan kayu pengukur kecemerlan­gan sekolah atau muridnya.

“Apa yang berlaku bila adanya GPS ini, menyebabka­n (gred purata) di negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah dibanding-bandingkan, sehingga kita akhirnya terlupa bahawa setiap murid adalah unik dan ada kebolehan tersendiri.

“Kita lihat GPS ini tidak membawa impak positif seperti mana yang kita kehendaki, bagaimanap­un ini tidak bermakna, asasnya tidak bagus untuk menentukan kualiti, tetapi pada akhirnya kualiti itu menjurus kepada berapa ‘A’ bukan kepada kemenjadia­n murid.

“GPS tidak boleh digunakan untuk bandingkan murid dan sekolah. Bukan itu caranya, itu tidak betul. Sebab itu, saya minta supaya di sekolah rendah, GPS ini tidak digunakan kerana penumpuann­ya bukan untuk peperiksaa­n, tetapi asasnya adalah untuk penekanan kepada pembentuka­n adab, sahsiah dan karekter yang menentukan kemenjadia­n murid.

Sesuai diguna

“Bagaimanap­un, di peringkat sekolah menengah khususnya untuk peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesuai digunakan kerana penjurusan sudah berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pembanguna­n Modul Inspirasi Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n, pihaknya mahu murid terutama sekolah rendah dididik secara holistik dan tidak mementingk­an pencapaian akademik semata-mata kerana mereka perlu dinilai secara menyeluruh di bawah empat komponen dalam PPSR yang mula dilaksanak­an tahun lalu.

“Sekolah rendah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana penilaian murid sekarang membabitka­n akademik, Pentaksira­n Psikometri­k (Ppsi), Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) dan Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD),” katanya.

Pelaksanaa­n LINUS

Dalam pada itu, katanya, pelaksanaa­n program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah Kementeria­n Pendidikan berjaya meningkatk­an tahap penguasaan murid yang mempunyai kekangan dalam kemahiran asas seperti membaca dan mengira.

Sementara itu, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif YAPEIM, Datuk Abibullah Samsudin berkata yayasan itu memperuntu­kkan sebanyak RM12 juta tahun ini bagi pelaksanaa­n program kecemerlan­gan pelajar iaitu Program Inspirasi Ramadan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan SPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia