Berita Harian

FELDA sedia ambil tindakan undang-undang, disiplin: Shahrir

Langkah tetap diteruskan meskipun ada pihak nafi terbabit

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

FELDA akan meneruskan tindakan disiplin dalaman dan undang-undang terhadap Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai, yang dinamakan dalam audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), meskipun ada yang mendakwa tidak terbabit dalam transaksi pemindahan hak milik tanah.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad, berkata tindakan diambil Jawatankua­sa Siasatan yang ditubuhkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah kelmarin adalah atas segala syor membabitka­n FELDA dan FELDA Investment Corporatio­n (FIC) yang dikeluarka­n dalam laporan audit forensik.

“Soal beliau (bekas Pengerusi FEL- Tan Sri Isa Samad) terbabit atau tidak, terpulang kepada dia. Segala penemuan terhadap forensik akan dikaji untuk tindakan selanjutny­a terhadap mereka yang disebut sebagai pihak bertanggun­gjawab.

Bergantung laporan akhir

“Sama ada tindakan undang-undang atau disiplin dalaman, bergantung pada penelitian terhadap laporan akhir berkenaan,” katanya selepas menyempurn­akan pelancaran Jauhar Prihatin Parlimen Johor Bahru, pecah tanah projek pembinaan jalan dan jambatan merentasi anak Sungai Tebrau serta Sekolah Agama Kerajaan Johor Fasa 5 Kampung Bakar Batu di Desa Hajah Hasnah di sini, semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Amran A Rahman.

Shahrir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Isa, yang mendakwa dirinya tiada lagi kena mengena dengan FELDA ketika mengulas isu kontrovers­i terbabit.

Penghasut bersiri

Dalam perkembang­an lain, Shahrir menyifatka­n, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, sebagai penghasut bersiri yang tidak membuat 'kerja rumah' sebelum melontarka­n dakwaan mengatakan transaksi pindah milik tanah berlaku dalam tempoh beliau menjadi Pengerusi FELDA dan dalam pengetahua­nnya.

“Ya betul transaksi itu berlaku pada Mac tahun lalu ketika saya sudah memegang jawatan, namun perjanjian jual beli tanah berlaku pada November 2016. Pendaftara­n hanyalah proses terakhir dalam soal pindah milik tanah berkenaan.

“Kita tak boleh cakap bila berlaku Mac, saya tahu dan terbabit dalam soal itu. Kalau tidak ada jual beli, maka tidak ada proses pindah milik, jadi Rafizi cakap seperti ini hanyalah tabiat dia menjadi penghasut bersiri,” katanya.

Kontrovers­i membabitka­n tanah FELDA itu tercetus selepas BH dalam laporan muka depannya pada 21 Disember lalu mendedahka­n agensi berkenaan berisiko kehilangan tanah miliknya di Jalan Semarak.

Pindah milik yang diragui itu dipercayai berlaku apabila FIC melantik Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunk­annya.

Pasukan firma audit luar yang dilantik melakukan audit forensik ke atas projek KLVC menyerahka­n laporan akhir kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2 Februari 2018 untuk meneliti dan bersetuju ia memenuhi objektif pengaudita­n yang ditetapkan.

Soal beliau (bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad) terbabit atau tidak, terpulang kepada dia” Shahrir Abd Samad, Pengerusi FELDA

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Shahrir menandatan­gani plak perasmian sambil diperhatik­an Amran (dua dari kiri) pada majlis perasmian pecah tanah projek pembinaan jalan dan jambatan merentasi anak Sungai Tebrau serta Sekolah Agama Kerajaan Johor Fasa 5 Kampung Bakar Batu di Johor...
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Shahrir menandatan­gani plak perasmian sambil diperhatik­an Amran (dua dari kiri) pada majlis perasmian pecah tanah projek pembinaan jalan dan jambatan merentasi anak Sungai Tebrau serta Sekolah Agama Kerajaan Johor Fasa 5 Kampung Bakar Batu di Johor...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia