Berita Harian

‘Ahli Lembaga Pengarah FIC perlu bertanggun­gjawab’

-

Kuala Lumpur: Ahli Lembaga Pengarah Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC) perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap isu pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak.

Ahli Lembaga Pengarah FELDA, Shamsuddin Othman, berkata ia berikutan ahli Lembaga Pengarah FIC ketika transaksi sejak 2014 itu gagal melaksanak­an mandat diberi untuk membangunk­an tanah terbabit dengan sempurna.

Katanya, ahli Lembaga Pengarah FELDA ketika itu tidak wajar dipersalah­kan kerana pemindahan hak milik tanah dilakukan tanpa pengeda, tahuan mereka.

“Ahli Lembaga Pengarah FELDA dan FIC tidak boleh dipersalah­kan secara kolektif kerana FIC yang bertanggun­gjawab, bukan FELDA.

Tak sepatutnya berlaku

"Kita (FELDA) serahkan tanah itu kepada mereka untuk dimajukan. Ini (pemindahan hak milik tanah) perkara besar, sepatutnya dibawa kepada Lembaga Pengarah FELDA.

“Pemberian Surat Kuasa Wakil Penuh (PA) yang membawa kepada penukaran hak milik tanah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang juga Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, mengulas laporan akhir audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang menyenarai­kan secara kolektif ahli Lembaga Pengarah FELDA dan FIC ketika transaksi sejak 2014, untuk tindakan tata tertib dan undang-undang.

Shamsuddin adalah antara ahli Lembaga Pengarah FELDA pada era Tan Sri Mohd Isa Samad selaku pengerusi pada 2015/2016.

Kontrovers­i membabitka­n tanah FELDA tercetus selepas BH dalam laporan muka depannya pada 21 Disember tahun lalu mendedahka­n mengenai pindah milik tanah agensi itu di Jalan Semarak diragui.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad dalam sidang media malam tadi berkata, agensi itu turut menubuhkan Jawatankua­sa Siasatan Lembaga FELDA bagi membuat semakan perundanga­n untuk mengambil tindakan sivil kepada individu yang bukan lagi ahli lembaga pengarah, kakitangan FELDA atau FIC.

Katanya, pegawai yang masih bersama FELDA atau FIC boleh dikenakan tindakan turun pangkat dan gaji, tertakluk kepada kuasa yang ada pada jawatankua­sa organisasi terbabit.

Ahli Lembaga Pengarah FELDA ketika itu tidak wajar dipersalah­kan” Shamsuddin Othman, Ahli Lembaga Pengarah FELDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia