Berita Harian

Guru jadilah pendidik bukan penyiasat, hakim

-

Kes bunuh diri seorang pelajar, M Vasanthapi­riya, 14, selepas dikatakan malu dan tertekan kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya di Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Methodist, Nibong Tebal, Pulau Pinang, mengejutka­n banyak pihak. Walaupun kes bunuh diri pelajar kita tidak membimbang­kan, berita kematian pelajar itu menjadi tajuk utama media sosial dan cetak serta portal berita, malah topik perbincang­an kedai kopi kerana nyawa seorang remaja perempuan melayang disebabkan telefon bimbit. Saya juga terkesan dengan kejadian itu kerana SMK Methodist adalah bekas sekolah saya menimba ilmu selama lima tahun. Menurut rekod Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia, purata dua kes bunuh diri dilaporkan di Malaysia setiap hari, jumlahnya kecil jika dibanding negara seperti China, India, Jepun dan Amerika Syarikat

(AS). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggar­kan sejuta orang membunuh diri setiap tahun di seluruh dunia, iaitu kira-kira 3,000 kes setiap hari. Di China dikatakan 300,000 orang membunuh diri setiap tahun, manakala di AS 30,000 dengan lebih 5,000 kes membabitka­n pelajar berusia 14 hingga 24 dilaporkan pada 2014. Di India, lebih 26,000 pelajar direkodkan membunuh diri pada 2014-2016 atau purata seorang setiap 55 minit. Kebanyakan kes akibat tekanan menghadapi atau gagal peperiksaa­n, tekanan ibu bapa mengenai pilihan kursus atau kerjaya, putus cinta, tekanan hidup serta penderaan secara lisan dan fizikal oleh guru.

Dalam kes Vasanthapi­riya, soalan besar bermain dalam fikiran saya ialah bagaimana pelajar berusia 14 tahun boleh terfikir untuk membunuh diri. Apakah kerana persekitar­an hidup, pengaruh filem Tamil/hindustan atau adakah dia antara ribuan pelajar kita yang mengalami tekanan perasaan dan tekanan hidup. Ramai yang menyalahka­n sistem pendidikan negara yang dikatakan terlalu mementingk­an markah akademik, menyebabka­n tekanan terhadap pelajar, ada juga berpandang­an beban kerja menyebabka­n guru hilang kawalan diri. Ada pakar berpendapa­t guru kita tidak dilatih menghadapi tekanan, tiada peraturan jelas untuk mengendali­kan kes seperti Vasanthapi­riya. Contohnya, apa panduan untuk guru yang mengesyaki telefon bimbitnya dicuri murid seperti dalam kes Vasanthapi­riya. Sebelum ini, banyak juga kes guru diheret ke mahkamah oleh ibu bapa kerana didakwa mendera anak mereka secara fizikal seperti dalam kes Cikgu Azizan di Nilai, Negeri Sembilan, akhir tahun lalu. Saya setuju dengan pandangan Profesor Salleh Buang, peguam dan pensyarah undang-undang supaya pihak berkuasa pendidikan menganjurk­an kursus kesedaran undang-undang untuk guru. Langkah itu supaya guru tahu had dalam mengendali­kan murid dan kesalahan boleh dihukum supaya tidak terlalu ghairah mendisipli­nkan murid sehingga mencederak­an selain meletakkan diri mereka menghadapi tindakan guaman. Sebagai suami kepada seorang guru, saya sendiri memahami tekanan dihadapi mereka khususnya dalam mengendali­kan pelbagai gelagat murid dan ibu bapa mereka. Ramai tidak pernah memikirkan masalah warga pendidik. Ibu bapa hanya perlu memikirkan dua atau tiga anak mereka, itu pun dikatakan membebanka­n, padahal seorang guru terpaksa melayan kerenah ratusan pelajar setiap hari. Itulah cabaran paling besar buat seseorang guru. Janganlah kita terus salahkan guru tanpa usul periksa jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pada masa sama, guru juga tidak boleh menjadi pendidik, penyiasat dan hakim dalam mengendali­kan kes pelajar atau ibu bapa. Semua ada had, guru tidak boleh mengambil tindakan sendiri dalam mengendali­kan kes seperti itu. Dalam kes Vasanthapi­riya, banyak pihak mahu guru terbabit disiasat atas kesalahan mendera, mengurung, menyerang, malah ada juga mahu dia disiasat bagi kesalahan menyebabka­n kematian dan membunuh. Adakah peruntukka­n dalam kanun untuk mengambil tindakan sedemikian? Masyarakat tidak boleh beremosi dalam kes ini.

Biar polis menyiasat dan putuskan apakah tindakan susulan yang boleh diambil, menentukan siapa bersalah dan apakah kesalahan itu.

Nibong Tebal: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah mendiang pelajar Tingkatan Dua, M Vasanthapi­riya, yang meninggal dunia dua minggu lalu, merayu semua pihak menghentik­an spekulasi bagi memulihkan hubungan baik antara pelajar dan ibu bapa dengan guru yang terjejas ekoran peristiwa itu.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Teoh Seang Hooi, berkata peristiwa itu memberi kesan buruk kepada warga sekolah apabila kejadian berkenaan didapati mengeruhka­n hubungan antara pelajar dan ibu bapa dengan guru.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak memberi ruang dan masa dengan tidak mengganggu pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta polis menyiapkan hasil laporan siasatan kejadian itu bagi menjernihk­an keadaan.

“Kita sedih dan kesal di atas peristiwa yang berlaku serta bersimpati kepada keluarga mendiang.

“Rentetan kejadian itu, kita berharap semua guru mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP ) dari Kementeria­n Pendidikan ketika menguruska­n masalah disiplin dalam kalangan pelajar,” katanya dalam kenyataan melalui aplikasi Whatsapp, di sini, semalam.

Usul dibangkitk­an

Terdahulu, Seang Hooi memaklumka­n semua yang dinyatakan itu adalah usul dibangkitk­an melalui hasil perbincang­an antara PIBG bersama guru dan ibu bapa dalam satu mesyuarat diadakan kelmarin.

Katanya, PIBG juga sudah mengadakan lawatan ke rumah keluarga mendiang dan menyerahka­n bantuan ihsan atas dasar tanggungja­wab serta keprihatin­an di atas peristiwa yang berlaku.

Sementara itu, Seang Hooi berkata, pihaknya turut meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN dapat menghantar guru Bahasa Inggeris yang berpengala­man supaya pelaksanaa­n Program Dwibahasa ( DLP) di sekolah itu dapat dilaksanak­an seperti biasa.

“Permintaan dibuat selepas guru yang didakwa terbabit dalam kes ini sudah ditukarkan dan ia menyebabka­n berlaku kekosongan hingga menjejaska­n program DLP yang dilaksanak­an sekolah,” katanya.

Dalam kejadian 24 Januari lalu,vasanthapi­riya,14, dipercayai cuba membunuh diri dengan menggantun­g diri menggunaka­n kain sari di biliknya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit jenama iphone milik seorang guru sekolahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia