Berita Harian

MUBARAK tumpu kawasan BN menang, tewas tipis

-

Kuantan: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) akan menumpukan kepada kawasan dimenangi Barisan Nasional (BN) dan tewas dengan majoriti tipis.

Pengerusin­ya Tan Sri Abdul Aziz Rahman, berkata pihaknya sudah membuat kajian di tiga kawasan Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) setiap negeri yang BN tewas dengan majoriti tipis dalam usaha mengembali­kan sokongan rakyat kepada komponen itu.

Katanya, berdasarka­n kajian berkenaan, faktor utama kepada keputusan berkenaan adalah sokongan pengundi atas pagar dan pengundi muda kepada BN yang antaranya berpunca akibat penyebaran berita palsu.

Sokongan penentu

“Kita hendak kembalikan sokongan pengundi atas pagar dan pengundi muda kepada BN, sokongan mereka menjadi penentu (kemenangan).

“MUBARAK berasakan perlu untuk kita memperbetu­lkan persepsi orang muda masa kini yang terjejas disebabkan banyak maklumat tidak tepat di media sosial,” katanya kepada pemberita selepas program larian anjuran Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.

Abdul Aziz yang juga Pengerusi Pusat Perubatan Pakar UIAM berkata, sokongan pengundi muda kepada BN penting memandangk­an golongan itu menyumbang kira-kira 40 peratus undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan pihaknya sudah mengatur program mendekatin­ya.

Adakan wacana

“Kita turut mengadakan wacana di beberapa negeri terpilih bagi orang muda, terutama mahasiswa melontarka­n idea dan pandangan mereka terhadap kerajaan,” katanya.

“Mungkin program seumpama ini kami boleh adakan dengan kerjasama parti komponen dalam BN, MUBARAK hanya bertindak sebagai penyelaras menggerakk­annya memandangk­an PRU-14 bakal diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, pengundi muda dalam kalangan mahasiswa juga perlu diberi fokus oleh BN memandangk­an mereka bakal menjadi penentu masa depan negara.

“Mereka ini yang bakal mencorakka­n kemajuan negara pada masa depan dan BN sebagai kerajaan masa kini harus memanfaatk­annya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia