Berita Harian

APPS sasar bina 2,000 rumah

-

Kluang: Agenda Pembanguna­n Perumahan Sembrong (APPS) menyasar pembinaan 2,000 unit rumah, khusus untuk golongan berpendapa­tan sederhana dan rendah, yang dijangka siap sepenuhnya pada 2021.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata sebanyak RM97 juta subsidi diperuntuk­kan Kerajaan Persekutua­n, manakala kerajaan negeri menyediaka­n tanah seluas 24 hektar di Paloh, di sini bagi menjayakan agenda berkenaan.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan berkata, APPS tepat pada masanya yang diwujudkan bertujuan meneliti perancanga­n pembanguna­n perumahan di kawasannya, supaya berada di landasan tepat.

Bela nasib warga Sembrong

“Agenda ini diletakkan di bawah Kluster Perumahan yang mana ia merupakan salah satu daripada tujuh kluster yang saya sendiri gariskan demi membela nasib dan kebajikan warga Sembrong.

“Terima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, serta kepemimpin­an Johor kerana sudi bersama dalam majlis pada hari ini.

“lni menunjukka­n komitmen dan sokongan penuh mereka terhadap inisiatif yang dilaksanak­an di Sembrong, khususnya berkaitan aspek Perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n APPS Sembrong - Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Tapak Perumahan PPR FELCRA Sungai 10, Paloh Kluang, semalam.

 ?? [FOTO ADNAN IBRAHIM/BH] ??
[FOTO ADNAN IBRAHIM/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia