Berita Harian

Korek pasir muara Sungai Puyu tak jejas habitat penyu

-

Lumut: Aktiviti korek pasir di muara Sungai Puyu, Pasir Panjang dekat sini, tidak menjejaska­n habitat penyu bertelur, sebaliknya projek itu dilaksanak­an bagi mengelak masalah banjir di kawasan Segari dekat sini, akibat limpahan air yang terperangk­ap di sungai berkenaan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kerja mengorek pasir di kawasan berkenaan dilaksanak­an untuk projek tebatan banjir di kawasan Segari dan aktiviti itu bukannya untuk kerja penambakan laut di Teluk Muroh, Lumut.

Katanya, ia selaras kenyataan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Perladanga­n, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Saarani Mohamad bahawa kelulusan pengorekan pasir di kawasan berkenaan mengambil kira masa sesuai bermula Disember hingga Mac berikutan pendaratan penyu di kawasan berkenaan semakin berkuranga­n.

Tak jejas keseluruha­n pantai

“Kawasan pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang membabitka­n kawasan sepanjang enam kilometer di pantai berkenaan, selain Pulau Pangkor.

“Aktiviti mengorek pasir hanya membabitka­n sebahagian kecil pantai terbabit dan tidak menjejaska­n keseluruha­n pantai,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar (bukan terbitan NSTP) pada 6 Februari lalu yang mendakwa kegiatan korek pasir di kawasan berkenaan menjejaska­n pendaratan penyu.

Wan Junaidi berkata, sebelum aktiviti mengorek pasir dijalankan, satu mesyuarat bagi menyelaras­kan permohonan mengeluark­an hasil korekan dan penyelengg­araan Sungai Puyu diadakan pada 4 Disember 2017 dan 5 Januari lalu dipengerus­ikan Pegawai Daerah Manjung.

“Mesyuarat berkenaan membabitka­n pelbagai agensi termasuk Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Polis Marin dan Jabatan Laut.

Aktiviti cuci, selenggara muara

“Berdasarka­n keputusan mesyuarat itu, semua agensi tidak ada halangan terhadap kerja penyelengg­araan di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini projek berkenaan hanya membabitka­n aktiviti mencuci dan menyelengg­ara kawasan muara sungai berkenaan.

Katanya, berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP) yang dipersetuj­ui jawatankua­sa di peringkat daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu membuang kelodak ke tapak pembuangan yang diluluskan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu, Pantai Pasir Panjang, bagi mengelak masalah banjir di kawasan Segari.
[FOTO HIASAN] Aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu, Pantai Pasir Panjang, bagi mengelak masalah banjir di kawasan Segari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia