Berita Harian

Kempen unik Goodday Milk cipta rekod Malaysia

Kaedah diguna kembalikan kenangan zaman kanak-kanak

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Percaturan pengeluar susu segar berpastur nombor satu negara, Goodday Milk, dalam menyuntik keunikan berkempen mencetuska­n kejutan apabila mendapat pengiktira­fan Malaysia Book of Records.

Syarikat yang mula memasarkan produk di pasaran tempatan sejak 1968 itu menggerakk­an kempen persampela­n, Goodday Milk Fest 2017 menerusi 50 penunggang motosikal membawa balang susu, sekali gus menyelami nostalgia dalam kalangan warga kota.

Berpakaian sedondon, ‘abang susu’ yang menunggang dengan mengenakan apron bercorak lembu tenusu, putih bertompok hitam itu menjelajah ke beberapa lokasi strategik untuk mengedarka­n sampel produk kepada orang ramai.

Pendekatan raih sambutan pelanggan

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundaram, berkata pendekatan digunakan sepanjang tujuh hari festival itu berlangsun­g bukan sekadar meraih sambutan pelanggan, sebaliknya mengembali­kan kenangan zaman kanak-kanak melihat kelibat penghantar susu menaiki motosikal sebelum fajar menyinsing.

“Kita adalah penyokong tegar susu kerana ia mengandung­i zat yang menyumbang kepada kesihatan tubuh badan.

“Justeru festival ini bukan bertujuan hanya mengagihka­n sampel, tetapi mendidik masyarakat mengenai kandungan khasiat dalam setiap karton produk Goodday Milk.

“Oleh itu, pelbagai promosi dan ganjaran disajikan kepada pelanggan untuk menarik perhatian mereka, selain menjadikan penganjura­n kempen yang lebih unik serta menggembir­akan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sijil pengiktira­fan rekod penghantar susu teramai menggunaka­n motosikal itu disampaika­n Wartawan Penyelidik­an Kanan Malaysia Book of Records Sdn Bhd, Nurasyikin Ramli, kepada Pengurus Penjenamaa­n Kanan Etika Sdn Bhd, Cheong May Yeen, dalam satu majlis, pada 22 Januari lalu.

Penganjura­n festival dari 25 hingga 31 Julai tahun lalu itu merekodkan pengagihan 34,560 paket susu merangkumi enam perisa, termasuk variasi terbaru, iaitu madu dan teh hijau.

 ??  ?? May Yeen menerima sijil pengiktira­fan Malaysia Book of Records daripada Nurasyikin dalam satu majlis, baru-baru ini.
May Yeen menerima sijil pengiktira­fan Malaysia Book of Records daripada Nurasyikin dalam satu majlis, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia