Berita Harian

Reman timbalan pengurus besar, 2 kontraktor dilanjut

-

Putrajaya: Tempoh reman Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise berusia 44 tahun dan dua lagi kontraktor masing-masing berusia 51 dan 62 tahun, dilanjutka­n empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes membabitka­n projek landskap bernilai RM44 juta.

Perintah reman ke atas ketiga-tiga individu terbabit dikeluarka­n Majistret Izzatul Nawwarah Idrus di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Selain itu, mahkamah membenarka­n empat individu dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM membabitka­n Pengarah Projek Selatan 1 berusia 55 tahun, seorang wanita yang juga pembantu peribadi kepada Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise, 34, dan dua kontraktor berusia 44 dan 47 tahun.

Pengarah projek dan dua kontraktor itu dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM100,000, manakala wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan RM40,000.

Terdahulu, tujuh individu terbabit dibawa ke mahkamah diiringi pegawai SPRM pada jam 9.25 pagi.

Pada 6 Februari lalu, mereka direman lima hari bagi membantu siasatan kes membabitka­n projek landskap bernilai RM44 juta antara 2013 hingga 2017.

7 ditahan pada hari sama

Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise, pembantu peribadi beliau dan pengarah projek berkenaan ditahan SPRM Johor pada 5 Februari lalu, manakala empat lagi kontraktor ditahan SPRM Shah Alam, Klang dan Melaka pada hari sama.

Media melaporkan, siasatan awal SPRM sebelum ini mendapati, Timbalan Pengurus Besar dan Pengarah Projek Selatan 1 itu secara langsung terbabit memastikan kontrak landskap bawah seliaan mereka dianugerah­kan kepada lapan syarikat melalui tiga peringkat iaitu E-bidding, One Off Contract dan Maintainan­ce berjumlah kira-kira RM44 juta.

Difahamkan, Timbalan Pengurus Besar itu turut mengarahka­n Eksekutif UEM Sunrise untuk memberi markah 80 peratus kepada syarikat kontraktor yang bertanggun­gjawab atas kerja penyelengg­araan landskap supaya mereka menerima bayaran penuh daripada tuntutan bulanan dikemukaka­n.

Maklumat awal diperoleh pasukan penyiasat mendapati, wujud bayaran mencurigak­an melebihi RM2.4 juta dimasukkan ke akaun bank milik timbalan pengurus syarikat dan isterinya oleh lapan syarikat kontraktor berkenaan melalui empat orang proksi yang turut ditahan pada hari sama.

Susulan itu, pasukan penyiasat juga menyita 15 akaun milik Timbalan Pengurus Besar terbabit dan syarikat kontraktor bagi membantu siasatan.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Pegawai SPRM membawa keluar tiga individu keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Pegawai SPRM membawa keluar tiga individu keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia