Berita Harian

Polis Johor tumpaskan Geng 360, 35 ditahan

Kumpulan kongsi gelap dipercayai terbabit kes bunuh jadi viral

- Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Polis Johor menumpaska­n kumpulan kongsi gelap, Geng 360 yang dipercayai bergerak lebih 20 tahun, menerusi penahanan 35 lelaki di seluruh negara sejak Disember tahun lalu.

Tangkapan dibuat hasil operasi khas Polis Johor dengan bantuan Bukit Aman, susulan pembunuhan seorang ahli kongsi gelap di sebuah stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru pada 17 Disember 2017.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata Geng 360 adalah pertubuhan haram yang mempunyai kaitan rapat dengan kes pembunuhan berkenaan dan pihaknya mengenal pasti hampir 100 individu terbabit dengan kumpulan terbabit.

Saki-baki ahli terus diburu

“Kes pembunuhan itu dapat diselesaik­an dan hasil siasatan, kita membongkar rangkaian Geng 360 di Johor yang terbabit dengan aktiviti kekerasan, dadah serta penyeludup­an.

“Kira-kira 100 anggota geng ini dikenal pasti dan sejak operasi dijalankan, seramai 35 orang sudah ditahan.

“Kita akan terus memburu sakibaki anggota kumpulan itu walaupun ada yang dipercayai melarikan diri dari negeri ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Mohd Khalil berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan Seksyen 130W kanun sama kerana membantu ahli kumpulan jenayah terancang.

Katanya, semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 69 tahun dan direman 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Mohd Khalil menunjukka­n wang tunai serta jam tangan mewah yang dirampas susulan tumpasnya Geng 360 pada sidang media di IPK Johor, semalam.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Mohd Khalil menunjukka­n wang tunai serta jam tangan mewah yang dirampas susulan tumpasnya Geng 360 pada sidang media di IPK Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia