Berita Harian

Hirup udara dari Laut China Selatan

Pelbagai aktiviti isi percutian sambil nikmati lokasi menarik

- Oleh Hidayah Mohammad

penggemar sukan meluncur air. Bergantung kepada keadaan cuaca dan aktiviti itu sudah pasti tidak sesuai dilakukan sepanjang musim tengkujuh.

Dengan tiupan angin kuat sambil menikmati keindahan pantai, antara terapi ketenangan pengunjung yang mahu lari daripada kesibukan kerja di kota.

Angin pantai terutama pada waktu pagi dikatakan baik untuk membantu menyembuhk­an penyakit pada saluran pernafasan, meskipun ada yang menganggap ini sebagai mitos belaka.

Nikmati pemandanga­n alam

Keindahan panorama laut biru yang terbentang luas di depan mata pastinya dapat dirasai apabila menikmati alam semula jadi, di penginapan lima bintang, Clubmed Cherating, menyajikan suasana dengan pengalaman mendamaika­n dari kehijauan hutan tropika.

Walaupun suasana nyaman dari angin laut tetapi terik dan bahang dari pantai pada waktu tengah hari boleh diseimbang­kan dengan menjelajah landskap alam semula jadi di kawasan hutan simpan tropika di sekitar kawasan penginapan.

Pengunjung yang ingin mendapatka­n terapi ketenangan dalam suasana sunyi di sekeliling­nya boleh merentas desa atau jungle trekking sambil diceriakan dengan bunyi unggas dan cengkerik serta bermain dengan kera liar yang berkeliara­n.

Pelbagai aktiviti santai

Pemandanga­n laut hampir 360 darjah yang lebih menakjubka­n, percutian bersama keluarga lebih seronok dengan bermain aktiviti air seperti berenang, bermain kayak dan belayar.

Paling menarik penulis bilik penginapan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemandanga­n laut dan hutan turut menggunaka­n kayu.

Rekaan dan reka bentuk kerawang di beberapa sudut menampilka­n ciri-ciri rumah tradisiona­l kampung sekali gus turut mempromosi­kan keunikan budaya serta warisan Melayu kepada pelancong asing.

Pelbagai kemudahan disediakan termasuk aktiviti sukan seperti mendaki dan memanjat batu, memanah, bermain bola dan sukan mencabar, Tree

Top juga disediakan sebagai riadah yang menyeronok­kan.

Sapu krim tabir suria dengan kandungan SPF yang tinggi

Pakai pakaian renang yang bersesuaia­n untuk aktiviti air

Lindungi mata dari panahan mentari terik dengan memakai kaca mata hitam

Pakai topi bagi mengelak dari pancaran matahari terus ke kepala

Minum lebih banyak air bagi mengelak hidrasi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia