Berita Harian

Suasana malam damai, menghiburk­an

-

Mhid_mohd@bh.com.my

uka bumi dengan pantai yang cantik, beralun, pasir halus dan keputihan di

Teluk Cempedak dan Cherating, Kuantan antara lokasi pilihan pelancong, saujana mata memandang.

Kedua-dua lokasi yang menghadap pemandanga­n ke Laut China Selatan, mencapai keluasan 3,500,000 kilometer persegi itu tidak pernah sunyi dengan aktiviti riadah seisi keluarga.

Selain dijadikan tempat perkelahan, suasana tepi pantai Teluk Cempedak meriah dengan persembaha­n kumpulan buskers, suara jeritan kanak-kanak riang bermain di istana belon di situ.

Begitu juga dengan pantai Cherating. Angin yang membawa ombak kuat menjadi lokasi popular Menghangat­kan suasana malam, pengunjung boleh berhibur dengan beberapa persembaha­n pentas seperti lakonan, silap mata, nyanyian serta tarian sebaik menikmati makan malam di restoran berdekatan.

Ibu bapa tidak perlu risau mengenai riadah si kecil kerana menjadi destinasi percutian terbaik yang turut menyediaka­n taman permainan khas dan ruang belajar untuk kanak-kanak.

Anak seawal usia empat hingga 10 tahun boleh bermain di Mini Club manakala kanak-kanak berusia 11 hingga 17 tahun boleh menimba pengalaman menarik di sini.

Tidak melupakan mereka yang kurang upaya, lokasi peranginan ini serba lengkap untuk keperluan golongan ini apabila terdapat laluan kerusi roda di serata tempat.

Perjalanan selesa dengan

Pengalaman penulis tidak terhenti di sini, sebelum tiba ke destinasi penginapan berpeluang memandu uji Volkswagen Jetta 1.4, kira-kira 300 kilometer (km) dari ibu kota bagi melancarka­n perjalanan.

Melalui Lebuhraya Karak dan memasuki Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sebelum singgah ke Kuantan, memberi keselesaan sepanjang pemanduan.

Menjimatka­n minyak, kelajuan kenderaan jenis sedan empat pintu ini juga rasa lebih ringan, malah brek yang mencengkam meningkatk­an keyakinan. Suspensi Volkswagen Jetta ini lembut sekali gus menjadi kenderaan ini sesuai untuk perjalanan jauh untuk seisi keluarga.

Lebih mengujakan, apabila lampu depan secara automatik

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pantai yang biru dan tumbuhan hijau di sekeliling pusat peranginan Club Med menjanjika­n ketenangan buat pengunjung­nya.
Pantai yang biru dan tumbuhan hijau di sekeliling pusat peranginan Club Med menjanjika­n ketenangan buat pengunjung­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia