Berita Harian

Washington serius isu Rohingya

Mahu siasatan lebih telus terhadap kes pembunuhan, tuntut bebaskan dua wartawan Reuters ditahan di Myanmar.

-

Amerika Syarikat menuntut siasatan lebih telus dijalankan terhadap insiden pembunuhan etnik Rohingya, seperti yang dilaporkan wartawan Reuters sebelum ini.

Pihak berkuasa negara itu juga menuntut dua orang wartawan yang ditahan ketika melakukan siasatan itu dibebaskan.

Saranan oleh Washington turut mendapat sokongan negara lain, termasuk Kanada dan beberapa negara Eropah serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mahukan wartawan Wa Lone dan Kyaw Soe Oo dibebaskan daripada tahanan di Myanmar.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Heather Nauert berkata, laporan berhubung penemuan kubur besar sebelum ini, menunjukka­n keperluan mendesak pihak berkuasa Myanmar untuk memberi kerjasama.

“Siasatan bebas, telus dan boleh dipercayai perlu dilakukan berhu- bung tuduhan kekejaman yang berlaku di utara Rakhine.

Siasatan bantu tegak keadilan

“Siasatan ini akan membantu memberi gambaran yang lebih lengkap berhubung apa yang berlaku, mendedahka­n identiti mangsa, mengenal pasti pihak yang bertanggun­g jawab melakukan pelanggara­n hak asasi manusia dan seterusnya menegakkan keadilan,” kata Nauert.

Ketika ditanya berhubung bukti yang didedahkan Reuters berhubung pembunuhan beramai-ramai itu, jurucakap Kerajaan Myanmar, Zaw Htay berkata, mereka tidak menafikan tuduhan berlakunya pelanggara­n hak asasi manusia dan tidak berselindu­ng.

“Sekiranya terdapat bukti utama yang kukuh dan boleh dipercayai yang menyalahi undangunda­ng, kerajaan akan menyiasat, katanya.

Setakat ini kerajaan Myanmar tidak memberikan sebarang reaksi berhubung laporan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia