Berita Harian

Wanita hargai ‘kem balu’

Pelarian rasa aman, boleh hidup secara terhormat

-

Ia dikenali sebagai ‘kem balu’ yang dilarang kepada kaum lelaki dalam penempatan sesak pelarian di Bangladesh ketika ramai wanita dan kanak-kanak Rohingya mengalami trauma akibat keganasan.

Kelompok khemah yang dibuat daripada kanvas oren dan buluh itu menawarkan perlindung­an kepada puluhan balu dan kanak-kanak yang terpaksa menjaga diri sendiri selepas melarikan diri ke Bangladesh bersama hampir 690,000 etnik Muslim Rohingya dari Myanmar.

Mereka melarikan diri daripada kekejaman disifatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘pembersiha­n etnik’, namun suami mereka terkorban dan memaksa mereka bersaing untuk makanan, tempat perlindung­an dan kelangsung­an hidup di zon sempadan bersama hampir sejuta pelarian lain.

Antaranya adalah Swaleha Begum, beliau melintasi sempadan seorang diri apabila suaminya terbunuh hanya selepas tiga bulan mereka berkahwin. Suaminya terkorban dalam operasi diketuai tentera Myanmar di perkampung­an mereka.

Pada usia muda 18 tahun, beliau berperanan memantau kem wanita berkenaan yang terasing dari kem pelarian lain di lembah berdebu dan sesak.

Jaga tandas sendiri

Perasaan pemilikan dan kebanggaan dengan tempat perlindung­an ringkas itu kuat dalam kalangan kira-kira 60 balu, mereka menjaga tandas sendiri, mendirikan solat berjemaah dan berkongsi tanggungja­wab menjaga ramai kanak-kanak dan anak yatim.

“Mereka yang masih ada suami boleh membina tempat perlindung­an sendiri menggunaka­n buluh dan kanvas. Kami mendapat tempat ini dengan rahmat Tuhan,” kata Swaleha sambil menunjuk ke arah khemah ringkas disusun dengan tempat tidur dan barangan memasak.

Satu daripada tugas utama beliau adalah untuk memastikan tiada lelaki, termasuk remaja menghampir­i tempat perlindung­an mereka di mana mereka bebas membuka tudung yang dipakai majoriti wanita Muslim Rohingya di tempat awam.

Pekerja bantuan berkata, wanita dan remaja perempuan terdedah kepada ancaman pemangsa dan penyeludup manusia di kawasan kem kurang pemantauan itu.

Risiko adalah lebih besar apabila wanita Rohingya tidak selesa berkongsi tandas dengan lelaki, mereka terpaksa berjalan jauh ke dalam hutan.

Janji perkahwina­n

Pertubuhan Migrasi Antarabang­sa (IOM) mempunyai dokumen bukti wanita pelarian ditarik keluar jauh dari kem dengan janji perkahwina­n atau pekerjaan, namun mereka kemudian dijadikan buruh paksa atau pekerja seks.

 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS] ??
[ FOTO REUTERS]
 ?? [ FOTO AP] ?? sebagai pelindung selepas menjadi mangsa pembunuhan tentera rejim Myanmar
[ FOTO AP] sebagai pelindung selepas menjadi mangsa pembunuhan tentera rejim Myanmar
 ??  ?? Khemah yang dibuat daripada kanvas dan buluh menawarkan perlindung­an kepada puluhan balu dan kanak-kanak di Kem Kutupalong, Cox's Bazar, Bangladesh
Khemah yang dibuat daripada kanvas dan buluh menawarkan perlindung­an kepada puluhan balu dan kanak-kanak di Kem Kutupalong, Cox's Bazar, Bangladesh
 ??  ?? Anak yatim piatu paling teruk kerana mereka tiada bapa ketika melarikan diri ke Bangladesh dari barat Rakhine.
Anak yatim piatu paling teruk kerana mereka tiada bapa ketika melarikan diri ke Bangladesh dari barat Rakhine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia